Monday, 17 November 2014

Acar Timun Mentah (resepi Bruneian)

Assalamualaikum & salam sayang.
Tinggal beberapa minggu lagi b4 4a+R bercuti. Mommy nak beli barang2 dapur pun cam berjimat cermat sikit sbb xnak nanti by the time kami 'berlayar' stok bahan mentah masih banyak. Bukan apa, rumah kami ni kerap 'trip' eletriknya. Selalu kalau balik Malaysia hujung tahun (lama la kan normally sebulan), mesti balik2 semula ke rumah sini & tgk eletrik putus & stok dlm peti sejuk u al blh bayangkan la macamana jadinya. Semerbak satu rumah bau bangkai. Ingat tahun2 dulu mmg bukan setakat buang bahan2 mentah tapi terpaksa buang dgn bekas2nya sekali (tak leh diselamatkan lagi dah bau bangkai melekat). 



So, skrg ni mommy dah berjaga2 & mmg dah niat balik this time mmg nak kosongkan fridge. Itu yg sayur pun pulun dok beli timun batang jeeeee. Heheh!!!ni nak cerita pasal timun batang la ni. Haritu tamak tgk org jual timun batang satu plastik penuh (lebih 10 batang yg kecik2 la) dengan harga BND1 je. Sekali selepas 2,3 hari dok buat ulam cicah sambal belacan jemu la plak. Terus WA jiran tanya resepi org Brunei buat acar timun. Acar timun ni kebiasaannya kalau ada majlis kenduri, mesti ada yg buat. Mommy pun dok terbayang2 la sedap gak layan acar timun dorg ni (kelainannya sebab ada letak santan cam kerabu org Pantai Timur).
Sembang banyak x guna, jom kita layan acar timun mentah Bruneian ni.



Bahan2:
2 - 3 biji timun batang (kupas kulit & sagat nipis)
1 genggam udang kering
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
5 sudu besar santan
3,4 biji cili padi (jika suka)
Gula
Garam
Kacang tumbuk (optional)
Telur rebus (optional)

Caranya:
1. Lumur timun yg telah disagat dengan garam. Biarkan seketika.
2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan santan, udang kering, gula & perahan jus limau. Kacau sehingga gula larut.
3. Basuh timun tadi & toskan airnya (boleh ramas2 sikit supaya air kering).
4. Masukkan timun & hirisan bawang ke dalam mangkuk santan. Gaul sehingga rata.
5. Semasa menghidang, jika suka boleh la tabur kacang tumbuk & telur rebus (yang telah dibelah).

8 comments:

  1. mace simple ja resipi ni ros...buleh la ambo try kalu simple2 lagu nih...hehehe

    ReplyDelete
  2. kak noor lom pernah try acar yg boh santan ni Ros boleh try sama lah kita tak larat makan timun kalau sekali beli tu kan, boleh lah buat cam ni macam sedappp sbb boh santan hahaa yg lemak2 sukaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. menarik ni...boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  4. Oooo... santan mentah la yer nie K Ros... ermm... mesti tak leh simpan lama kan...

    ReplyDelete
  5. santan tu kami biasanya perah guna air suam @ klau u guna santan kotak pastikan panaskan sekejap hingga timbul bubble (xyah smp mendidih). jgn guna air paip klau buat santan naanti cepat basi makanan kita.

    ReplyDelete
  6. aruah mak kak nah suka buat kerabu timun macam ni tapi tak letak telur rebus..

    ReplyDelete
  7. wahh, macam menarik, nanti kalau ada timun boleh gak cuba ni kak ros..

    ReplyDelete
  8. wahh, macam menarik, nanti kalau ada timun boleh gak cuba ni kak ros..

    ReplyDelete