Thursday, 17 July 2014

Taman Pertanian Sabah, Tenom

Pagi 1 Jun 2014…….sebelum menghadiri majlis perkahwinan, kami mmg dah plan nak jalan2 sekitar Tenom. Fyi, Tenom mmg terkenal dgn kopinya yang wangi & sedap (mmg sedap leeee kopi Tenom ni, serius).



Seawal 8 pagi kami dah siap2 untuk JJCM dulu. Pusing 2 round pekan Tenom ni akhirnya kami pilih restoren ni : Asiarasa 3 (sbb nampak bersih, besar & ramai org, yang paling penting halal milik org Islam). Btw jgn confuse ye sbb ada restoren lain juga Asiarasa, Asianrasa etc (make sure tgk AsiaRasa 3). 






Duduk aje mommy terus order Kopi O ais (harus le try kopi Terbaek Tenom). Serius sedapppp!!!! Masa tu mmg dah aim nak beli yg serbuk kopinya tapi frust sbb mak ngah bgt kedai yg jual tu tutup. Huhu!!!



Ok, makan plak banyak gak la pilihan. Walau biasa2 je hidangan tapi sedap. Nasi lemak kuning sedap (Arfa siap hadap 2 bungkus + roti bom lagi). Ahdia makan pau kacang sedap juga, Anis makan nasi goreng cina juga sedap & daddy order roti canai xtau sedap ke dak……opsss pastu hadap juga nasi lemak kuning sedap (senang citer kami la yg sapu bersih nasi lemak kuning pagi tu). 

Nun di atas puncak bukit kelihatan Hotel Perkasa yg kami stay. 

Dah kenyang tu, kami gerak ke Taman Pertanian Sabah. Tak jauh pun dari pekan Tenom, lebih kurang 10km. Di Tenom ni tempat yang terkenal selain Taman Pertanian Sabah ialah Murut Cultural Centre. Untuk yang suka aktiviti lasak plak boleh cuba water rafting kat Sungai Padas. Satu lagi yang menarik kat sini ialah kita boleh nampak Banjaran Kroker (banjaran terpanjang di Malaysia) dengan jelas. 


Di Taman Pertanian ni macam biasala pelawat di bawa menaiki train mengelilingi kawasan seluas 200 hektar. 




Ia dilengkapi dengan taman hiasan, taman evolusi, taman hoya, pusat lebah, koleksi germplasm, orkid asli, muzium hidup tanaman dan lain-lain lagi.


As a summary, 3A enjoyed je jalan2 walau panas pagi memancor2 & tergaru2 dek nyamuk yg kelaparan menunggu hidangan breakfast (make sure nak pegi bawak insect repellant ye). 


Paling dorg seronok masa masuk ke Taman evolusi di mana terdapat statue dinasour & pokok teratai gergasi. 


Di samping tu mommy pun terkezut bila nampak kacang gergasi (tak tau le kacang apa tapi besor buah dari pokoknya). 


Oh ye….ada satu lagi benda pelik. Masa kat Taman orkid tu ada deretan pokok2 besar yg mempunyai gugusan buah. Masa tengok tu rasa cam tgk buah rambai gergasi plak. Hehe!!!
Bila kami melintas dengan train tu bau wangi semerbak betul2 menusuk hidung (adeh!!!!kalau malam2 ni mau seriau takut bau wangi langsuir. eeeeeeiii).


Bila dah 2,3 pohon dok tgk gugusan buah gergasi tu, ada la plak pokok yang sama tapi dah berbunga. Subhanallah!!!!! rupa bunga tu cantik sangat mcm bunga orkid. Rasa mommy mesti spesis orkid juga ni sebabnya dorg tanam pokok ni pun kat area Taman orkid hibrid (satu je spoil lawatan sambil belajar ni sebab xde guide yg bagi penerangan….bukan tak ramai org penuh juga train tu). Mmg tak puas tgk bunga pokok tu walau banyak lagi spesis orkid2 yg lawa tapi mommy tertarik dgn yg gergasi ni jugak.

Abis je lawatan kami tgk jam dah hampir pukul 12 tengahari. Alahai!!!!!ingat nak pegi Murut Cultural Centre nampak gaya terpaksa cancel. Almaklum majlis buat kat dewan mana boleh lambat2. 


So kami bergegas balik hotel, tukar baju & check out.
Usai makan2 & bertemu mata dengan tuan rumah, kami bergerak balik ke Brunei.

Hakikatnya memang banyak lagi tempat2 menarik yang belum diterokai di Sabah walau kami dah self-drive 1 Sabah. Inshaallah jika diizinkan sementara di Brunei ni boleh Cuti2 Sabah lagi.

2 comments:

  1. Assalam Ros,
    waduh...memang gamble betul pergi holiday tak book hotel kan..
    kami pernah terkena dulu..pergi jemputan kahwin juga di Perak, tak salah kat Parit Buntar, a not so big town, mostly kawasan perumahan dan Taman...memang tak book hotel sebab rancangannya arwah pakcik yang kahwin kan anak tu ada sewa homestay untuk kami..tapi bila tengok homestaynya ya ampun..tak selesa ler..so kita carilah hotel berdekatan yang available cuma 2 bilik aje itu pun satu bilik ada 2 katil(single bed)..and there are 12 of us..bayangkan 12 orang ni tidur dalam 2 bilik yang available tu..tidur atas lantai ler yang ada..hahaha..

    ReplyDelete