Jom kita mamakkan macaroni Italiano ni.
Bahan2:
1 peket Macaroni (mommy guna yg 250g)
Daging kisar (250g)
Telur (1-2 biji)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang merah besar (kisar)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari (mommy guna kari daging)
Sedikit sos cili + sos tomato
Kicap
Garam
Gula
Sayuran (mommy guna sayur campur)
Cili Merah (hiasan)
Daun ketumbar/daun sup (hiasan)
1. Celur macaroni sehingga lembut (masukkan sedikit minyak zaiton & garam). Toskan.
2. Tumis bawang & masukkan cili boh sehingga garing.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak.
3. Setelah kering sedikit air daging, masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan sayur campur & macaroni.
5. Tambahkan sos & kicap. Perisakan juga dgn garam & gula.
6. Akhir sekali curahkan telur yg telah dikocok. Gaul rata.
7. Semasa menghidang tabur hirisan cili merah & daun ketumbar/daun sup.
kita buat dia.. belasah aja.. janji boleh makan dan bonus kalau sedap kanss....
ReplyDeleteYeahhh boleh try utk berbuka esok sbb hari2 asyik mkn nasik je
ReplyDeletesedapnyerr...
ReplyDelete