Assalamualaikum & salam sayang semua.
Alhamdulilah harini tibale juga LAST episode drama bersiri "Mencari salju di Korea"…….
Malas nak citer panjang2 sebab last episod penonton dah tak sabar nak tunggu happy ending ke sad ending, kan? Tapi kena juga citer skit. Layan jelah ekk skit aje ni.
Hari terakhir kami di Seoul mmg betul2 pulun abis-abisan. Ibarat kalau perah santan tu sampai dah kering tinggal hampas jelah.
Lepas tidur kejap balik dari ice skate, kami bersiap2 untuk ke luar bandar bagi acara skiing plak. Bergerak dr guest house dalam pkl 6pm. Tukar 2 biji bas (kami naik chartered bas yg mmg bawa penumpang untuk mid nite skiing je). Masuk dalam bas semua tido (perjalanan lama gak dalam 2 jam gitu).
Sampai aje (around 1am), kami dibawa ke tempat untuk sewa pakaian & peralatan. Dah siap tukar semua gears, maka berjalan la robot2 semua (mmg dah gaya robot sebab kasutnya mcm kasut robocop, hahaha) menuju tempat org skiing.
Dalam dok tengah berjalan tu (mommy & Ahdia paling last), tiba2 bedebuk bedebak kami dua beranak jatuh terlentang. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, giler sakit punggung terhentak ais keras (masa ni dorg yg @depan baru kalut ribut dtg rescued). Huhu!!!!baru le daddy ckp jgn pijak tang ais yg keras tu, pijak rumput/tanah. Eeeeiiii, rasa mau je menjawab dah jatuh baru nak pesan org mananya reti jln mcm robot atas salju kejung ni. Masa ni muka dah bengang tapi control lagi.
Dah sampai entrance tempat org skiing tu Ya Rabbi!!!!serius rasa mcm nak kejang semua urat muka. -7'C giler la sejuk. Masa ni mommy dah gomel2 panjang berjela "this is the 1st & the last la mommy skiing. Pasni xmooooo lagi dah. Seksa jalan satu hal, sejuk beku mana dtg seronok xtau la". Tapi dlm dok mengomel tu terpaksa juga ikut dorg yg lain ni jejak kaki robot tu atas tempat org skiing tu.
Baru 5, 6 langkah menapak……..sekali papan luncur tu bergerak sendiri weh, terus meluncur p hentam group of mamat2 Korea. Maluuuuuuunye jgn cerita. Kalu aku muda2 belia mau aku buat2 pengsan biar mamat2 Korea tu usung aku (dah mamat malaya xmampu nak dukung time tu…..pssstttt, mamat malaya time ni dok mcm robot gak rupanya. Ingat terer ckp dah skiing @Japang. Heheh!!!!). Masa ni hentakan terus kat kepala plak, tapi sebab malu dgn mamat korea punya pasal senyap & sengih je lah……Aduyai!!!!!naya tul.
Pastu dorg ni sibuk dok ajak p naik cable car nak meluncur dari atas…..uishhhh!!!!giler pe dorg ni. Mmg bantah habis-habisan le mommy (kalu naik jugak mlm tu sure kena turun dgn helicopter penyelamat aku). So, tinggal le mommy & Ahdia lagi kat bawah jeeee. Kami skiing tempat org baru nak bertatih & warm up je. Itupun, baru 3, 4 kali try mommy dah jatuh terkangkang. Huwaaaaaaa!!!!!!xtau nak mitak tlg dgn sapa. Yang ada Ahdia je…..masa ni dok seru " adik, tolong mommy dik". Pastu nampak paramedic usung stretcher (dlm hati seronok sampai cedera2 ni baik xyah). Lama dok terkangkang xleh nak buka klik papan luncur tu mommy dah " HELP!!!!HELP!!!!!"……sekoq pun xdengar sbb tempat kami main tu xramai org. Sekali ada la Ahsoo tu lalu dekat dgn kawasan kami, mommy terus lambai2 dia mitak tlg. Atlast dia tlg bukak klik tu selamat le mommy dari mati kekejungan. Terhutang nyawa tul dgn ahsoo tu, tak abis2 TQ2 je sebab dah lupa bahasa Korea nak ckp apa. Dah blh berdiri semula tu mommy terus ajak adik masuk & berehat. Terus rasa demam dan2 tu juga.
Bila yg lain2 datang, dok sibuk citer seronok best bagai (aku rasa nak lempang je…hukhuk).
Si Arfa siap xnak balik lagi sbb siokkkkk meluncur dari atas ke bawah. Daddy bgt ada lebih 10 kali dok ulang naik turun 2x. Amboiiiii, jelesnye!!!!!
So mlm pagi tu kami balik dengan perasaaan sonot (utk yg lain) & sorang yg injured dgn muka masam kelat (aku le tu). Daddy kelat juga sebab kena bayar gears Anis yg tercicir seketul (tapi cam biasa je muka daddy, last2 mommy juga yg double trouble kelat). Sebelum blah, snap le jugak gambar kenangan anak beranak berlatar belakangkan Oak Valley Skiing.
bestnye, boleh bayang mcmana sakitnya bile jatuh terkangkang tempat sejuk2 pulak...Tapi itulah sakit itu sebagai manisnya pengalaman.
ReplyDeletebestnyer.. memang kenangan terindah sekeluargalerkan... harap gak dapat gi sana tapi suami saya memang tak suka tempat yang susah nak makan...
ReplyDeletePengalaman tu yg paling mahal rostina.. tak pe lah jatuh pun kan.. akak duduk kat ofis ni suhu 16c pun dah kejung kesejukan Ros :)
ReplyDeletentah bila la dapat jejak kaki ke sana yer...
ReplyDeletejeles tengok orang main salji.
Hahhaha...lawak la....
ReplyDeletekak..bas tu camana nak book yer. Saya teringin la nak ski. Tapi memang sure terkangkang jugak la.
Bila bc pasal ski ni igt k.ros komen kat n3 saya...sibuk2 nk g korea tp sampai beijing... in sha allah k.ros.... hujung tahun ni kalau ada rezeki
ReplyDeleteTahniah....salam kenal. telah add anda sebagai follower.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteNtah bila lah boleh main salsil berwinter sonata pula ni...jeles ai!
-7degrees?
ReplyDeleteKalau sy bkn setakat kejang.. kejung terus kot hihi.
Dulu sempat gak belajar main ski masa kat Iran.
ReplyDeleteTaubat laa.. tak sanggup dah..
hahaha.. lawaks la gaya ko tulih noh rosti.. apa pun.. beh nya la kenangan tu...
ReplyDeletewoww..bestnyeee main ski,,,
ReplyDeletebestnyee g melancong....
www.notashalimar.blogspot.com
skiing ni kalau dh terrer baru srnk nk main. Ros, kene bnyk brlatih main
ReplyDelete