Friday, 21 March 2014

Korea - Everland

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy sambung n3 Korea. Hari ke-4 kami spend 1/2 day di Everland. Kalau ikutkan planning awal guide kami, dia suggest kami spend the whole day tapi disebabkan nak pakai hanbook free@Myeongdong (tourism cultural centre) maka kami terpaksa squeeze masa hari ke-4 tu. 


So, pagi2 lagi kami gerak ke Myeondong (on the way melencong ke Itaewon dulu sbb guide kami terpaksa fetch 1 couple yg akan join travel dgn kami untuk hari tu). Sampai aje di Myeondong hari dah hampir noon & terus ke cultural centre. 2 kali frust kat sini sbb sesampai ke centre tu kami dimaklumkan haritu full house & kalau masih nak pakai hanbook & bergambar kami terpaksa tunggu sesi petang. Huhu!!!mana la mampu nak tunggu lagi sebab kami nak catch up masa ke Everland plak. Lastly untuk kali kedua (1st miss hanbook @Namsan Hanouk Village), kami redha jelah tak merasa jadi bangsawan Korea. 

Lepas usai solat @satu sudut dalam tourism cultural centre tu, kami terpaksa pula ke salah satu bank di kawasan tu sebab daddy terpaksa keluarkan duit melalui kaunter (ngokngek betul la rasa, so far kami dok travel nak2 daddy yg byk countries dia dah jejak xde plak masalah nak withdraw melalui ATM. Alih2 kat sini plak problem (dah le masa tu nak kena settle payment dgn guide). Mommy dah cuak masa tu takut xdpt keluarkan duit, bukan saja xleh nak bayar guide tapi for sure xleh nak beli apa2 yg patut.


Sedikit Info pasal Everland Resort; Merupakan sebuah taman tema di Yongin , sebuah bandar di wilayah Gyeonggi-do , Korea Selatan. Everland merupakan taman tema terbesar di Korea Selatan dikendalikan oleh Samsung Everland, yang merupakan anak syarikat Kumpulan Samsung . 


Kalau ikutkan bila bawak budak2 melancong ke  Korea tapi tak g Everland ni mmg tak lengkap la kan. Fyi ada satu lagi theme park iaitu Lotte World tapi yg ni indoor theme park. Mommy mula tu mmg nak juga guide masukkan dalam itinerary kami Lotte World ni tapi katanya mmg dah tak blh squeeze sgt kak. Hahaha!!!!mmg le g 5-6 hari tapi nak cover semua mana le larat. Takpela, atleast kami choose the best.


Perjalanan ke Everland menggunakan subway & bas mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai aje di last stop Everland, kami terpaksa pula naik satu lagi shuttle bas untuk ke pintu masuk. Masa kami mula2 turun dari bas & beratur untuk naik shuttle bus tu, Ya ALLAH cuaca sejuk giler. Yelah, Everland ni kira jauh sikit dari bandar & cuacanya lebih sejuk compare to kat bandar. Masa tu rasa cam dah beku telinga (walau dah berbungkus dah mommy ni).  






Sampai aje @entrance kami buka bekal dulu sementara guide settlekan ticket (pakej kami termasuk semua ticket). Mommy dah siapkan bekal dr rumah iaitu nasi + telur dadar + kari ayam tapi since durg (guide + couple) beli bekal dr Myeondang maka kami kirim juga kat dorg belikan burger seafood. OMG!!!!!the burger really the sedap. Mine & daddy perisa sotong & spicy, 3A plak perisa udang & not spicy. Serius sedap sgt sampai terbayang2 lagi till today. Hahaha!!!!sapa2 yg g Korea tu p beli tau burger lotte ria. Really recommended by mommy.



Dah kenyang, baru kami menapak (masa ni dah split dgn guide). Oh, btw masa kami pegi kan winter so tema Everland masa tu of course Christmas & New Year. At the same time malam tu ada light festival (yelah kalau p time spring ada bunga-bungaan kan so winter ni dorg tukar letak lampu2).


1st, lepas shot film bawah pokok besar (landmark Everland gak tu) kami terpengaruh oleh Ahdia yg nak tgk Pororo. Hahaha!!!!dgn semangatnya masuk tgk 3D filem walau sepatah haram tak faham bahasa Korea. Keluar dr Pororo show kami naik Human Sky untuk ke zootopia. 

Yang ni best gak sebab relax je xyah jalan & boleh nampak view dari atas keseluruhan Everland.

Overall kami banyak spend masa  tgk haiwan2 peliharaan compare to naik permainan2 yg ada @Everland tu. Kalau org2 dewasa sesuai la kot naik T-Express yg terkenal tu & lain2 permainan yg mencabar.

Selain tu seperti juga Disneyland ada little world (yg kita naik sampan & dibawa melancong ke seluruh dunia kecil). Walau lebih kurang sama dengan Disneyland tetapi setiap taman tema mesti ada kelainan & keistimewaan tersendiri kan. 


Layan jelah patung2 comel dgn pakaian tradisional setiap negara.

Selepas merantau seluruh dunia dgn patung2 comel tu, kami masuk pula night safari. Kat sini kita akan dibawa menaiki bas & melihat beberapa haiwan yg aktif di waktu malam seperti white tiger, lion, grizzly bear etc.

Yang paling best sebab dapat tgk grizzly bear secara dekat masa dorg tengah berdiri & makan makanan yg dicampak oleh driver bas. Serius besar binatang ni (lagi tinggi dari mommy weh). Pastu siap buat aksi tepuk2 tangan & lambai2 lagi bear ni (dah dilatih).
Bas terus menyusur laluan yg dikhaskan melalui kumpulan singa & white tiger plak. Baik je posing minah putih tu atas batu.  Heheh!!!cam seksi je white tiger ni. 

Ada juga sekor singa betina ni yg tgh beraksi angkat2 kaki. Hehe!!!


Yang jantan melepak je kejanya.

Aduss!!!!keluar dari night safari kami dah kebulur lapor. Terus bukak bekal yg mommy masak dari rumah + kari ayam adabi (kat dalam everland ni mmg dorg sedia tempat picnic bertutup & berbumbung & siap ada heater). Alhamdulilah kenyang & nyaman rasanya bila ada haba untuk memanaskan badan.

Tapi keluar je dari tempat picnic tu mengigil plak dah (huhu!!!camno la nak survive ni). Yang peliknya 3A steady je melompat2 lagi nak naik itu, naik ini (mommy & daddy kejap2 cari heater, pastu kejap2 p beli kopi panas. Hahaha!!!! no excitement langsung).

Bila dah tak tahan sangat kami lepas je 3A main, pastu kami menyorok dalam tent heater. Masa tu dah puas round & nak tunggu countdown new year je.  


Walaupun fireworks show dia tak semeriah & sehebat @Disneyland HK dulu tapi yg menariknya sebab salah satu fireworks tu dorg buat sign love.

Tapi mommy mula tu respect la gak kat org2 Korea ni sebab xde la terpekik terlolong jerik Happy New Year bagaikan (tapi ada scene kurang sihat juga mommy saksikan di Korea ni. Nanti satgi citer).

Dah puas 3A main (hahaha org dah nak tutup la weh) terpaksa la kami gerak keluar seperti mana org2 lain juga. Masa tu jam dah pukul 12 lebih pagi (amik ko sakan nak tgk fireworks).
  
Masa dah kat luar entrance masa nak tunggu chartered van barule melentok 3A ni keletihan & mengantuk. Naik aje van terus zzzzzz. Tiba2 mommy terjaga masa couple yg join kami tu dah smp kat guesthouse dorg @Itaewon.



Masa ni le kami dalam van tu dok beristighfar tengok gelagat muda mudi Korea yg mabuk sakan sempena New Year. Ada tu yg tertonggeng dah atas jalan. Abis muka cun melecun tu jadi cam anjing kurap atas jalan. Nauzubillah!!!!syukur agama kita haramkan arak ni sebab kesannya tersangatlaaaaa buruknya. 

10 comments:

  1. Ouh Kak Ros celebrate kat Everland. Bibie lak kat area Jongno Tower tu. Tengok orang nyanyi sambil bersesak ngan Korean. Syukurlah walau kat city, kejadian mabuk tertonggeng tu xnampak plak.

    Lawa Everland time malam kan. Dek camera jatuh aritu, terus cancel niat nak tengok firework or main game lain. Sob.

    ReplyDelete
  2. nekcik sampai lotte world jer...

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambar2...
    adik ipar akka sedang bercuti kat sana skrg...sejuk sangat katanya..

    ReplyDelete
  4. best best... rindu everland.. tempat lepak jalan2 2 bulan sekali dulu2..

    ReplyDelete
  5. cantik pemandangan malamnya dengan bunga api bagai...nampak meriah sangat...
    salam hujung minggu dari bunda...

    ReplyDelete
  6. Salam sabtu kak.....bestnya tengok tempat2 tu semua. :D

    ReplyDelete
  7. Assalam Ros,
    wahhhh..Ros pergi Korea ya..
    bestkan Korea..dulu akak & family pergi ..then pergi theme park Everland nilah juga..sejukkk rasa macam nak tertanggal tangan kalau buka gloves tu..especially pergi toilet beristinjak..airnya ya allah sejukkkk giler sampai ketulang...tapi apa2pun anak2 enjoy betul kat sana dan kita juga pergi ski...:)

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Ros

    tkasih singgah dapurmamasya.....
    bestnya Ros sklrga cuti2 Korea.
    Everland ni nampak menarik sgt...ada cable car...zoo show...sesuai utk percutian sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Hihi budak2 metabolisme derg tgi lg kak ros, kita kesejukan derg relax je kan..:D

    Nway bestnya dah smpi Korea n Everland..;)

    ReplyDelete
  10. Wahhh saya dulu tak sempat pun singgah Everland nih!

    ReplyDelete