Assalamualaikum & salam sayang.
Orang Malaysia especially Klang Valley area dok kecoh dengan wabak denggi skrg ni kan, pastu timbul la mcm2 petua yg disarankan. Salah satu yg mommy baru tau ni hah Sup Ketam (lagi mujarab ketam nipah katanya). Mommy mmg tak pernah masak ketam secara sup ni……selalu dok buat of course masak lemak disamping blackpepper, ketam masak cili, ketam telur masin & ketam masak neo.
So kebetulan dlm freezer ada ketam, mommy cuba la masak sup ketam ni & tunggu penilaian 4A.
Hasilnya mendukacitakan sebab dorg kurenggggg minat style ni. Mmg pun kalau jenis rebus air ni dorg kurang minat, mommy masak rebus ketuk serai mcm yg mok selalu buat zaman mommy kecik2 dulu pun xlayan. Katanya kurang kick sikit ketam buat sup mcm ni (mungkin sbb kami dah biasa dgn heavy gravy). Pepepun no harm trying kan especially kot2 ada yg kena denggi (nauzubillah!!!!!).
Resepi cam biasa je, blh la mommy jotdown utk reference sapa2 nak.
Bahan2:
4 ekor ketam bunga/nipah (bersihkan & belah dua)
*Halia (dalam 3-4cm)
*Bawang putih ( 2 biji)
*Bawang besar (1 labu)
Serbuk lada sulah/lada hitam
Air (1-2 liter)
Garam
Tomato (belah empat)
Daun Sup
Daun bawang
Bawang goreng
Caranya:
1. Kisar bahan2 bertanda *. Kemudian tumis sehingga garing.
2. Masukkan air & biarkan mendidih.
3. Masukkan ketam & tomato. Masak sehingga ketam berubah warna (oren).
4. Perisakan dengan garam & bahan perasa. Siap.
5. Semasa menghidang bolehlah ditabur dengan hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng.
assalammualaikum ros, buat azu.. sup ketam tu nampak macam sedap jer.. tekak org tua kut...tapi I is makan sup shj.. ketam isi nya yg selain dari jejarinyer je I makan..sbb x pandai nak kopek dari kulit... tulah dia.. budak2 kat umah ni pun x pandai makan sup ketam nie...lepas makan.. pastu kena gatal.. gatal kerengkung!! alergi la pula mak ni..
ReplyDeletesaya setuju dengan 4As, ketam masak gini bagi kat orang sakit makan jer la hehehe opsss. memang kureng kan rasa dia sebab kita dah biasa dengan versi yang lagi sedap. ritu my brother kena denggi, belikan dia sup ketam macam ni... mmg tak rasa apa.
ReplyDeletesy biasa bt sup ketam hnya guna asam.keping grm pak aji ckit..tp ketam fresh yg blm masuk ice..sgt fresh rasa nya..
ReplyDeletesaya jrg beli ketam,tapi kalau kt kg mak rajinlah beli....pernah msk sup,selalu hirup kuahnya,ketam tu ratah gitu aje....
ReplyDeleteTak kisah apa pun asal ketam memang favourite.. sup tu nampak sedap sangat..
ReplyDeletekaknoor pun anak2 suka ketam sup macam ni, bukan apa senang nak makan, anak2 nak senang suruh mama yg bukan kan isi lagi U itu baru ya kan Ros balabih punya anak..
ReplyDeletesup ketam first time dengar..selalu dengar menu ketam masak lada hitam atau telur masin :)
ReplyDeleteKlau ketam fresh mmg manis masak sup nii
ReplyDeleteazue: kesedapan tu subjektif kot. aku makan sedap je sbb masa kecik2 mak aku rebus air je pun. jarang2 skali plak tu jmp ketam….bdk2 skrg ni byk sgt songeh
ReplyDeletenastyna: ni sorang lg geng 4A….
Qaseh: ooooo, simple je awak bt ekk. yg ptg fresh sedap je ketam ni
myda: mmg kami pun suka ratah (klu bt lauk nasi jenuh lambat nak masuk mulut)
suka2: tq la awak puji sup kita….huhu sib baik awak puji , 4A xpuji punnnnn
knoor: itu le knoor. klau beli ketam standby le jd tukang kopek plak
sue bee: kata mereka menu org sakit. haha
nekcik: yup fresh nekcik. ros beli kat pasar jerudong (dorg jual terus dari hasil tangkapan)