Heheh!!!nak citer pasal kuasa 'iklan'. Mmg power kan kuasa iklan ni sebab ia boleh mempengaruhi pemikiran & tingkah laku manusia.
Dek kerana tergoda dengan iklan KFC cheezy ball yg meleleh2 tu maka mommy telah berjaya melakukan eksperimen lagi khas buat anak2 tersayang.
Dalam keriuhan org dok sambut CNY dengan kerepek 'Ngaku' aka arrowhead, mommy lebih berminat nak try yg cheezyball ni sebab berbaloi kot buat sebab senang, meleleh & pasti 3A suka. Lagipun kerepek ngaku tu mommy dah pernah buat eksperimen dulu.
So, walaupun tak pernah tahu mcmana rasa sebenar yg cheezy ball KFC tu, tapi dari segi fizikal kira dah jadi kot. Yang penting xde kisah nak g KFC dah (kat brunei ni KFC consider mahal juga).
Mommy follow resepi ni dari blog jomsihatjomgojes. Tq kepada empunya resepi. Cuma mommy tak follow sukatan yg diberi sebijik2 sebab bahan2 dah familiar so kira agak2 aje. Kalau u al nak accurate blh refer sukatan yg diberi.
Bahan-Bahan:
350g ubi kentang yang dilecek (rebus dengan sedikit garam & toskan air)
250g tepung gandum yang diayak
4-5 biji telur (Pecahkan dan pukul telur dalam mangkuk yang lain.)
Serbuk lada sulah
Keju Cheddar(potong dadu)
Serbuk roti
Sedikit garam
4-5 biji telur (Pecahkan dan pukul telur dalam mangkuk yang lain.)
Serbuk lada sulah
Keju Cheddar(potong dadu)
Serbuk roti
Sedikit garam
Cara-cara:
1. Lenyek ubi kentang bersama-sama tepung , serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati. Tak perlu tambah air sebab kentang sudah lembut.
2. Ambil adunan tadi, leperkan dan masukkan keju yang sudah dipotong dadu tadi. Gentel adunan menjadi bentuk bulat sehingga menutupi keju. (jangan buat besar sangat. Nanti tebal kulit tak terasa keju pulak)
3. Golek-golekkan dalam serbuk roti.
4. Golekkan pula dalam telur yang telah dipukul tadi.
5. Golekkan semula dalam serbuk roti sehingga menutupi adunan tadi.
6. Ulang sehingga habis.
7. Goreng dalam api yang panas tapi dengan api perlahan.
Alahhhh.. kat sini takda la pulak..
ReplyDeletekak ros cayangggggg...sedap nampok tu..beli potato asyik habis jer..dok dang nok wat ni
ReplyDeleteNampak Sedap :)
ReplyDeleteJom singgah sekejap ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
sedap ni Ros, boleh try lah, sbb ada cheeseeee ni mmg terangkattt ooo
ReplyDeleteNampak sedap sangat Kak Ros. Bak sini sikit hehehe
ReplyDeletemudoh napok ..behe2 pun tok complicated..cumo masalah kawe nok buat jugok cheese tuh jah..sbb sini payoh jgk nok carik hok halal..hok local cumo ado pizza cheese jah, bulih ko?
ReplyDeletep/s-kalu tok saloh kawe,perase roh ghajin bena buat resepi berunsurkan cheese,btul dok?heheh..jge maroh deh..
UAA: dok tahu la pizza cheese tu lagu mano, tapi klu doh cheese tu blh je kot. dok perase plok berapo byk doh resepi berunsurkan cheese tapi gak UAA weh klu hok cheese jah abis licin demo makea….klu wat hok tradisional guna pulut ko, tepung beras ko…huhu jawabnyo mommy jah kena abiskan. tu yg kena ikut majoriti
ReplyDeletesaya tak sempat nak merasa yang kfc punye..
ReplyDeletetry resepi ni lah nanti
tq:)
Macam leceh jer nak buatnya Ros...apa pun mmg nampak sedap tu...kalau rajin datang nanti bolehlah okje cuba...idak le tahu bilanya hehe
ReplyDeletehainomokje: apa yg lecehnya…cam ko buat pegedil je, cuma letak inti
ReplyDeleteBabah pae suka ni Kak.. tapi sy tak berapa nak makan..hehe..tekak org kg sy ni..hehe..:)
ReplyDeletewah..nampak sedap dan rangup lah..nanti JM leh try follow resipi ni tapi tak pasti leh jadi seperti yg Rose buat ni :-)
ReplyDeletemula2 napok gambar, ingatkan pulut hok golek dalam sambal tu hehehee. sedap nyer cheese nak sikit.
ReplyDeleteanak anak sekarang ni semuanya nak ada cheeze...dulu dulu baca buku omputih selalunya cik tikuih yg suka curi cheese!! zaman dah berubah!!
ReplyDeletekalau nekcik buat ni sure ramai pelanggan nekcik nih!!
salam suai kenal....
ReplyDeletekakak saya ada jugak try resepi ni..
katanya sedap juga jika tambah ayam atau daging hancur...
klu utk org dewasa, kasi pedas lagi sedap...
jemput ke blog saya..
http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/