Assalamualaikum & salam sayang semua.
Bila cuaca sejuk2 mcm ni (kat brunei masih lagi hujan setiap hari, cuma semalam je stop kejap), mood nak tido tu lebih dari mood melayan internet. Aishhhh!!!!
Cerita umrah kami di Madinah dah masuk hari terakhir harini. Sekejap je kat sana, cuma 4 hari (tu pun termasuk hari sampai). Sekarang ni kerajaan Arab Saudi makin ketat dalam menerima jemaah luar. Kalau dulu umrah dapat dilakukan sekurang2nya 14 hari tapi sekarang maksimum pun 12 hari. Mmg tak puas rasanya.
Pagi last tu kami berpeluang masuk sekali lagi ke Raudhah dengan senang , alhamdulilah sebab jemaah belum ramai jadinya suasana kat Raudhah tu aman & tenang tanpa tolak menolak mahupun berebut2 (ini pengalaman dulu yg pegi time ramai).
Anis & Ahdia juga dapat jejak kaki ke karpet hijau Raudhah cuma mommy biar dorg duduk last saf/row sbb bagi peluang org yg lebih layak beribadat. Masa berdoa tu (biasala kan kita menitiskan air mata)……Anis & Ahdia sibuk dok tanya "mommy nangis ke….napa mommy nangis?"……Nanti besar dorg faham la kenapa ye.
Sepanjang kami di Madinah tu, almaklum masjid nabawi tak sama mcm masjidil haram boleh bercampur lelaki & perempuan….kat sini pentadbirannya lebih tersusun & strict. Jadinya group umrah mommy sepanjang kat sana mmg dengan Anis & Ahdia la. Pergi mana2 dari hotel ke masjid pun kami 3 beranak. Daddy, abang geng dgn tokwan. So, kira adil la satu group 3 org, hehe.
Selesai ziaraf Wida' & mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah tersayang maka kami balik ke hotel untuk bersiap sedia dgn pakaian ihram & seterusnya bergerak meninggalkan Madinah AL-Munawwarah.
Kami sedikit delay masa nak bergerak ke Mekah ni, yelah jemaah ramai & proses mengangkut bagasi tu yg amik masa lama.
Setelah selesai urusan bagasi, bas pun bertolak ke Mekah. Selepas lebih kurang 15-20minit perjalanan kami singgah di Bir Ali, Dzul Hulaifah untuk miqat.
Untuk pengetahuan, jika jemaah datang untuk menunaikan umrah @ haji; sekiranya mereka melalui Madinah maka Bir Ali lah tempat miqat sebelum memasuki tanah haram, Mekah.
Selesai solat & niat ihram maka bermulalah langkah kami menuju kota Mekah……Laabbaikallah!!!!!
Mengimbau kenangan kakak pulak jadinya. Kakak pergi last March lepas jadi kesemuanya masih sama lagi dgn paparan ros di sini..
ReplyDeleteBetul sekarang nak dapat lebih hari memang payah...
seronoknya tengok gambar2 ni... moga satu hari nanti giliran akak pula dpt ke sini... amin..
ReplyDeletealhamdulillah, saya pergi last febuari..
ReplyDeleteseronok baca experience kawan-kawan..rasa rindu sangat2 nak ke sana lagi :)
Ya Allah! hati digamit2 utk ke sana Kak... doakan moga sy pun berpeluang ke sana.. keindahan Raudah..ketenangan yg di rasa...
ReplyDeleteYa Allah, smg kami dijemputMu juga satu hari nanti amin!
ReplyDeleteKak Ros, mak izu gi umrah bln jun thn lepas. Mak pon pegi Madinah dulu baru Mekah..so miqat di Bir Ali la ye..mmg mak kata best sgt..hopefully i can get a chance to feel it too..with my family one day..amin!
Cant wait to hear your story in Mekah next! :)
k.ros.... suka tengok gambar2 sana..bila tgk foto2 tu semua terasa sgt2 nk gi sana... :)
ReplyDeleteTetiba sedih ni...bila awak kata labaikallah ...huhu....
ReplyDeleteSeronokuya Ros