Tuesday, 21 January 2014

Umrah - Masjid Quba, Ladang Tamar, Kilang Cetak Al-Quran & Jabal Uhud

Assalamualaikum & salam sayang.
Harap yg berminat & berimpian nak jejakkan kaki ke tanah suci mahupun yg dah berkali-kali pergi ke sana masih sudi follow perkongsian mommy ni.

Hari ke-2 kami di Madinah, kami dibawa ziarah ke tempat2 menarik sekitar Madinah Al-Munawarrah. 

Pertama sekali kami singgah & solat di Masjid Quba. Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina di Madinah dalam sejarah Islam. Baginda Nabi SAW sendiri bersama-sama Hadzrat Abu Bakar RA dan penduduk madinah telah membina Masjid Quba ini sebaik Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, ini bermakna sehingga hari ini ( 1435 H ) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1435 tahun Hijrah.


Telah diceritakan bahawa Nabi s.a.w menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. 

Sabda Nabi s.a.w lagi: 
Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. Alhamdulilah jadual kami ke Masjid Quba juga jatuh pada hari Isnin 16/12/2013. Semoga ALLAH terima solat kami, Amin3x.


Selesai solat (kami cuma diberi masa 15-20 minit untuk solat sunat), kami teruskan ziarah ke kebun tamar/ladang kurma. Kedudukan kebun kurma ni cuma beberapa meter sahaja dari Masjid Quba.

Kebiasaannya jemaah akan membeli kurma di sini tetapi ada juga yg dinasihatkan untuk memborong kurma di pasar kurma, Madinah kerana harganya yg lebih murah. 

Bagi kami, disebabkan telah diberitahu awal oleh ayah teh (my brother yg menetap di Mekah) agar tidak perlu membeli kurma di Madinah kerana ayah teh boleh rekomenkan kedai yg menjual kurma yg lebih segar dengan harga yang lebih murah, maka kunjungan kami ke sini lebih kepada membeli coklat (yg ni mmg rekomen beli kat sini……pilihan yg banyak). 

Mommy juga mengambil peluang membeli sedikit cenderahati & kiriman hati unta. Oh lupa!! kami juga diberi secara percuma untuk merasa kurma segar (lepas tu beli la jugak yg fresh ni untuk makan2 semasa di sana tapi tak boleh bawa balik ke tanahair kerana buahnya akan cepat buruk). 

Rupanya org arab ni makan kurma especially yg fresh byk cara. Ada yg dip dgn cheese, madu, asam etc. (info baru untuk mommy).

Okey, abis borong coklat, buah zaiton jeruk, kurma fresh etc tadi kami meneruskan perjalanan.  Ziarah diteruskan ke Kilang mencetak Al-Quran terbesar di dunia.


Kat sini hanya jemaah lelaki je dibenarkan masuk factory & dpt naskah Al-Quran percuma.

 So kami yg ladies kena tg kat luar (kat area sales & marketing sahaja) & beli sendiri Al-Quran sebagai kenangan……


Contoh naskah2 Al-Quran yg diterbit & dicetak dalam pelbagai bahasa & size.

Untuk naskah percuma tu, kalau jemaah yg golongan berumur lebih 50 tahun akan dpt naskah yg besar (senang la baca tulisan besar) selebihnya akan dpt size pertengahan.



Adik dpt Al-Quran pertama walau baru baca Iqra. InshaALLAH semoga boleh cepat2 baca Quran ni plak.

Ziarah seterusnya ialah Jabal Uhud. Sepatutnya kami singgah di Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh tetapi disebabkan kelewatan bertolak dari kebun tamar juga banyak masa dihabiskan beratur membeli naskah AL-Quran di kilang cetak quran maka terpaksa la skip 2 masjid tu. 

Pepepun, nasib baik tempat penting seperti Jabal Uhud ni masih sempat untuk kami lawati untuk hari tersebut.


Jabal Uhud, termasuk salah satu bukit yang sangat memiliki nilai sejarah penting dalam sejarah Islam. Di bukit ini, terjadi peperangan yang sangat memilukan dalam sejarah Islam. Pasukan kaum Muslimin yang dipimpin Nabi Muhammad SAW, bertempur habis-habisan dengan kaum musyrikin Kota Makkah. 
Perang Uhud yg sepatutnya memberi kemenangan kepada kaum muslimin bertukar menjadi bencana apabila ada sahabat yg terpengaruh dgn harta pihak musyrikin. Akibatnya beratus2 sahabat yg terkorban & syahid di sini.


Peristiwa Perang Uhud ini sebenarnya memberi pengajaran cukup besar kepada umat Islam iaitu jgn terpengaruh dgn harta dunia semata & patuhlah kepada ajaran ALLAH & Rasul walau apa jua keadaan. 



Makam Syuhada Perang Uhud. Di sini dimakamkan jasad syahid 70 para sahabat termasuk bapa saudara nabi Saidina Hamzah Bin Abu Mutalib.


Alhamdulilah aturcara ziarah kami lancar & kami sempat sampai ke hotel untuk lunch seterusnya menunaikan solat zohor di Masjid Nabi. 

Atas permintaan 3A, kami sekali lagi ambil peluang bagi merpati makan pada sebelah petang selesai solat asar. 

 

11 comments:

  1. subhanallah...nak pegi jugak
    Kak Ros pegi bula berapa ni eh..panas tak..nampak cam cuaca dingin je time ni

    ReplyDelete
  2. bestnya akakkkk, Alhamdulillah. Saya pun doakan one day dapat ke sana, dah cakap kat my sisters I tak balik Malaysia dah pasni, kita jumpa kat tengah2 buat umrah jer pasni hehehehe. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ros,
    Bila tgk pics semua ni.. rasa mcm baru semlm je K.Sham pi sana.

    ReplyDelete
  4. maşaAllah! Allah kabul etsin umrenizi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    seronok tgk gambar..cam dok ada sekali kat sana..tq berkongsi yew

    ReplyDelete
  6. Salam kak Ros, bestnya dh smpi Jabal Uhud..doakan izu dan family dijemputNya jg ye one fine day. Amin!
    Suka tfk gmbr2 bg merpati mkn tu :)

    ReplyDelete
  7. subhanallah...Allah huakbar.
    indah sgguh dsana..
    k.ros doakn jugak buat sy,suatu saat nnti kaki ini bisa jejak kesna...insyaallah...

    ReplyDelete
  8. bestnyer, biler agaknyer saya dapat menjejakkan kaki di sana...Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete
  9. Wow bestnya Ros..... Inshaallah sampai masa dan ketikanya kami pulak yg akan sampai ke sana...
    Cantik cantik gambar ...

    ReplyDelete
  10. Sedap ke kurma fresh tu Ros.....makcik hubby kata dia mmg mengidam kurma fresh tu kat sana sampai tetiba ada pak arab bagi!

    ReplyDelete
  11. Rose Azadir: tq singgah blog akak…inshaallah akak kunjung balas ye

    hainom okje: inshaALLAH okje, semoga kita semua dpt panggilanNYA. amin3x.
    karma fresh tu bg ros sedap. dia tak manis mcm yg biasa kita makan tu.

    ReplyDelete