Assalamualaikum & salam sayang untuk semua.
Lama rasanya mommy nak ambil mood teruskan N3 ni. Mg ni agak busy & leka sikit. Pepepun mommy kena juga proceed habiskan N3 umrah & teruskan nyawa 'Wind of Change' for the sake of our family. Orang sudi ke tak sudi ke is not my concern anymore.
Kalau ada yg kata paparan umrah hanya untuk niat riak (ada kawan yg baru g mekah & asyik upload gambar2 di mekah disindir kononnya riak……nauzubillah), I really pity this kind of people. Selalu berburuk sangka & dengki dengan kebahagiaan org lain. Bagi mommy paparan apa2 pun xde nak riak (org lain lagi hebat bertengkek2 dari kita pun). Selain untuk tatapan diri sendiri & keluarga, juga supaya setiap apa yg kita kongsikan itu mendapat manfaat untuk org lain juga. Kalau bab umrah ni ni mommy pun mula berimpian masa tgk gambar2 org yg dah pergi dulu. Pastu timbul niat nak pergi & asyik berdoa supaya dpt jadi mcm mereka.
So, i think this is my turn to burst others desire/aim to perform umrah as well (sbb ramai org rasa mrk tak mampu & terus tidak meminta dgn ALLAH……salah tu!!! sbb masa mommy pergi 1st dulu mmg time sesak & byk hutang piutang, tapi sebab keinginan tu kuat ALLAH jemput juga menjadi tetamuNYA. SubhanALLAH).
Okla…..mommy malas la nak explain. Terpulang pada hati masing2. Ikhlas ke tidak kita hanya ALLAH yg mengetahui.
Alhamdulilah selepas merempuh perjalanan dgn 2 transit kami akhirnya tiba di Mekah pada pukul lebih kurang 11mlm (17/12/2013). Bas terus bawa ke hotel & since kami tak ambil hotel di Mekah (sepanjang kami di Mekah, kami tinggal di rumah ayah teh, my brother yg menetap di Mekah).
Masa kami tiba di hotel, ayah teh & cik teh dah siap menunggu untuk bawa balik beg2 kami dulu ke rumah. Manakala kami terus proceed ke HARAM utk perform umrah. Alhamdulilah atas bimbimgan mutawif, akhirnya kami selesai umrah pada pukul lebih kurang 4am.
Selesai umrah, kami terus saja iktikaf di masjid since lepas tu nak masuk waktu subuh. Kesian 3A tau sebab mmg longlai keletihan & mengantuk.
Masa saie tu mula2 kami semua bergerak serentak & sama2, hingga sampai pusingan ke 3 Ahdia dah start merengek & menangis……Ah sudah, mommy dah cuak takut dia xnak teruskan (yelah kesian juga kat dia sbb dah tengah2 mlm & masih letih dgn perjalanan jauh). Maka, yg lain termasuk Arfa & Anis terus bergerak mengikut mutawif sehingga selesai saie. Tinggal la mommy & Ahdia je dok berjalan perlahan2.
Sambil saie tu mommy dok pujuk2 dia, pastu rehat kejap minum air zam2. Merengek juga masa pusingan 4 & 5. Pastu mommy tanya nak naik kerusi roda tak? Tanya pak arab berapa rial kerusi roda tu…40rial. Adussss!!!lupa duit dgn daddy, ada la dlm 20rial dlm beg. Huhu!!!!kesian adik. Mommy takde pilihan cuma pujuk dia, masa pusingan ke 6 tu mommy juga dukung dia atas belakang….huhu!!!!dpt satu pusingan je, mmg tak larat……..Pepepun, nasib baik alhamdulilah berjaya juga kami habiskan 7 pusingan Safa & Marwah. Phewwww!!!!! masa smp kat Marwah tgk dorg tgh dok2 relax atas batu. Heheh!!!!Arfa & Anis nampak cam relax je.
Selesai solat subuh berjemaah di masjidil haram buat kali pertama trip ni (tersengguk2 Anis & Ahdia solat tu, kesian) kami terus tunggu ayah teh untuk balik ke rumahnya.
Selesai breakfast @rumah ayah teh, terus terbungkang tidur smp le ke tengahari. Kami pergi semula ke HARAM pada tengahrinya tu. Bersambung ye………
Betapa kakcik merindui Tanah Suci, hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui...
ReplyDeleteseronoknya kak...saya berazam sangat nak pergi umrah sekeluarga macam akak...semoga ALLAH SWT beri peluang pada saya...
ReplyDeleterindu nak ke sana lagi
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga kalian mendapat umrah yang barakah..
ReplyDeleteseronoknya, smg suatu hari anti sy pn ke sana, amin :)
ReplyDeleteseronok..bila tengok gambar2 kat sana rasa teringin nak pergi lagi..
ReplyDeletesaya pun pergi dalam keadaan yang tak disangka..
syukur alhamdulillah kan kak..
salam ros,
ReplyDeletesori deh lambat sapa..payoh nge anokkecik weyhh kawe..
baguih perkongsian nih ros..kawe suko baco..si'e ko arfa dih letih nok jale..kuat jgk mummy arfa th dukung..hehehe..
sambung lagi deh...tq
Allahuakbar!!! Moga allah swt jemput aku plak.. Ya allah... Terima la diri aku yg hina ini menjadi tetamu MU...ameen
ReplyDeleteKita hidup nie tak boleh sangat nak dengar cakap orang... serba tak kena jadinya...
ReplyDeleteApa pun yang kita lakukan terletak pada niat kita... insyaallah jika baik niatnya... pasti ada ganjaran dariNYA... :)
Subhanallah... seronok idah baca catatan perjalanan ini... :)
Alah Ros....janji niat kita bukan macam tu....sudah!.....Orang nak buruk sangka suka hati merekalah.... kita bersangka baik je yek!... Bestlah ada ayah teh kat sana! Budak budak...biasalah mmg le penat kalau cenggitu punya trip ...jauh tu!
ReplyDelete