Tuesday, 22 October 2013

LANGKAWI

Assalamualaikum & good day.
Masih lagi tunggakan citer2 lama. Cuti Raya Aidilfitri yg lepas, from Gunung Jerai kami meneruskan jelajah Kedah Darul Aman ke Pulau Lagenda terkenal ; LANGKAWI. 
For mommy & daddy that was our 3rd time, Arfa & Anis their 2nd time while Ahdia was her 1st trip to Langkawi. Pepepun, berulang2 kali pergi ke Langkawi sure tak boring sebab boleh SAKAN bershopping lagipun banyak attractions yg dulu kami pergi belum ada especially Langkawi Sky Cab. 
3 hari 2 malam rasa cam sekejap & tergopoh2 je, tapi overall seronok sebab pergi dengan family besar (tokcik, pak su, mak lang & pak cik). Cuma bila mengingatkan kenangan g Langkawi ni membuatkan hati sedikit sedih. Just nak citer sikit je supaya menjadi pengajaran utk kami di masa akan datang. Pepepun musibah & dugaan yg Allah bagi tu kadang2 sebab Allah sayang kat kita & sebagai teguran supaya kita tidak terus leka. Huhu!!! Takpela u all layan dulu gambar2 yang banyak ni (kalau tak jemu le), kat bawah nanti mommy citer apa jadi.
Day 1: From Kuah to Langkawi
Arrive @ 6pm +-
Activities: JJCM
Day 2 
(sesi bergambor beramai2)
(pun dah berubah wajah since our last trip, 2006)

(budak2 sangatlaaaa seronoknya)

- Sky Cab (Langkawi Cable Car)
The best cable car riding compare to previous Hong Kong & New Zealand.

 Day 3
- Kilim Nature Park (eagle feeding & mangrove tour)
Last day tu juga sblm amik last boat to Kuah kami shopping sakan sampai lebam. Kalau ikut nafsu mmg rasa nak je borong pinggan mangkuk bagai tapi memikirkan luggage semua dah ketat dengan baju&stok makanan maka dibatalkan aje niat suci murni mommy tu. Shopping lebih kpd coklat, souvenir, baju2 & yg paling best dpt beli bag luggage yg branded dgn harga yg berbaloi (duty free maaaa). 
Cerita sedihnya bermula masa @Underwater world. Si Ahdia ni sibuk le nak mengambil gambar2 ikan & segala makhluk ciptaan ALLAH yg jarang2 dpt tgk tu dgn iphone lama mommy. Tup2 bila lalu kat gallery jualan otw nak exit tu dia blh p letak elok je hp buruk mommy tu antara byk2 mainan (kes rambang mata tgk toys). Bila perasan, kelam kelibut le mommy & pakcik g cari. Ya ALLAH nasib baik dpt jmp semula (walau hp buruk tapi itu no maxis yg mommy dah guna since zaman anak dara & semua ctc2 & info2 penting ada dlm tu). Ok, cerita sedih dah jadi gembira semula.
Cerita yg lagi sedih bermula di sini...
Sehari sebelum kami fly back to Brunei, kereta kami kena pecah & drp 6 luggage yg sepatutnya kami bawa balik ke Brunei, 3 drpnya lesap (termsk le satu beg yg baru beli @Langkawi). Isi perut 3 luggage tu jgn cakap le. Kebanyakan souvenir beli @Langkawi, coklat melat, buku2 baru 3A, hadiah2 drp 'org Arab', baju2 baru beli kami 5 beranak etc semuanya GONE!!!!!! Yang lagi sedih byk accessories mommy yg hilang sebab satu di antara beg yg hilang tu milik mutlak mommy. Allahuakbar!!!!mmg rasa marah, sedih, terkilan etc..tapi lama2 (selepas kena tazkirah dr daddy, makanya mommy redha brg2 tu semua hilang. Kita tuntut ajela dr si penjahat ni @akhirat). 

```````````````````````````````````````````````
So, pengajaran yg kami dapat paling utama dr kejadian itu ialah "JGN TINGGALKAN BARANG2 BERHARGA DALAM KERETA ANDA". Sekian!!!



5 comments:

  1. Alahai kak, sedih nya psl luggage tu.....yerlah, walaupun hanya baju je yg ada dalam luggage yg dicuri tu, tetap kita rasa sedih kan......insyaAllah kak, ada hikmah semua tu...sabar ek kak....senyum sikit.....

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar2 kak ros kat langkawi tu... bila la nak dapat skill mcm tu :)
    Ala, sedih pula bila baca part last tu... nasib baik Daddy pandai pujuk mommy... kena ingatkan sokmo la pesanan kak ros yg akhir tu... Thanks atas peringatan....

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar2 tu.

    Sabarlah ye dugaan Allah s.w.t buat kita pasti ada ganjaran yang akan datang kemudian. Memang ralat tapi kita hanya mampu berserah...

    ReplyDelete
  4. Maaf gambar last tu masjid kat Kuala Perlis ke?

    ReplyDelete
  5. Mixed family in da house: bukan sekadar baju dini. mcm2 ada dlm tu termasuk le kulit popiah segera bentuk panjang dari Arab & barang2 kemas kros. pepepun redha la xde rezeki :(

    nurbijen: mmg xleh leka tau psl brg2 dlm keta ni sbb org jahat ada d mana2. kwn kros pun aritu kena pecah keta time org solat jumaat (siang2 buto). abis tab & hbag coach lesap

    Jun Aina: inshaALLAH…..semoga Allah ampunkan juga dosa2 kita. btw yup masjid @kuala perlis. cantik masjid & view kat situ. time solat pun nyaman sbb nampak direct lautan luas dr dlm ruang solat….mmg nak g lagi & lagi la ke kuala perlis & langkawi

    ReplyDelete