Assalamualaikum & good day.
Lama rasanya mommy tak sediakan kuih muih tradisional (bulan puasa baru ni pun kurang aktiviti memasak).
Cuma bila dapat undangan kawan utk 'morning coffee' kt rumahnya minggu lepas alhamdulilah baru berkesempatan nak cuba resepi Akok Jagung ni.
Bila terpandang Atie buat, terus terliur & terasa nak cuba. Memang tak rugi sangat mommy try sebab mmg sedap. Kalau akok biasa tu mommy xde la suka sangat (setakat makan sekeping dua dah) tapi yg akok jagung ni mommy suka sebab ada rasa jagung (hehe!!!mmg boleh je hadap 3,4 keping sorang). Tqvm Atie for sharing.
Bahan-bahan :
400 ml santan pekat
200 ml air
10 biji telur gred B
200 gram gula perang
100 gram tepung gandum
130 gram jagung krim (mommy tabur juga jagung biji)
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
Cara menyediakan :
1. Panaskan oven menggunakan suhu 180'c. Oleskan acuan muffin dengan sedikit minyak masak dan panaskan di dalam oven.
2. Satukan semua bahan dan blend / kisar sehingga semua bahan sebati.
3. Keluarkan acuan yang dipanaskan tadi dan tuang adunan sehingga penuh. Tabur jagung jika suka.
4. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga masak.
mesti sedap ni..!!!
ReplyDeleteWah banyak jugak pakai telur tukan Ros...sampai 10 biji!
ReplyDeletem.u.l.a.n: mmg sedap. try arrh
ReplyDeletehainom okje: klau akok ni okje, mmg sah2 pakai telur banyak.