Monday, 8 July 2013

Daging Singgang Pattani

Assalamualaikum & good day.
Beberapa harini dunia blogger masakan digemparkan dengan kes kecurian hak cipta gambar dari blog blogger masakan terkenal iaitu k.ita masam manis.....Memang bengang abis k.ita dgn pihak penerbitan majalah tersebut (siap k.ita buat laporan polis & upah lawyer utk saman majalah tu......harap sangat k.ita menang). Ya lah, mommy pun antara penyokong2 k.ita yg turut rasa bengang juga dgn mereka. Dah la amik gambar2 dari blog k.ita yg mmg terkenal dgn mutu gambar yg tip top ala2 photographer professional macam tu aje. Pastu siap crop watermark k.ita & lagi worst xde mention pun dari mana sumbernya. Dorg buat ala2 itu semua hasil ciptaan mereka sendiri. Yang sedihnya semua ahli group yg menerbitkan majalah tu semuanya org melayu (tak tau la melayu Islam ke tidak tapi yg pompuan siap bertudung). Ya Allah mmg makin kurang ajar org2 dalam bidang penulisan nowadays sebab senang2 ceduk hasil kerja & idea blogger2 mcm tu aje. Itu yg kadang2 mommy pun mcm frust je dgn fenomena ni (walau xde la perasan org nak ceduk hasil merapu mommy @wind if change ni) tapi kesian kat otai2 masak & otai2 kaki jalan yg bersusah payah menghasilkan blog yg menarik, dengan info2 yg tip top. Alih2 senang je majalah2 ni c&p untuk melariskan jualan majalah mrk. 

Okey, kita pause dulu isu saman k ita & berharap kes ni dpt pengadilan yg sewajarnya. Harini mommy nak share satu Resepi yg menarik & sedap sangat. Untuk pengemar tomyam & kuah2 air yg masam2......this is the BEST!!!!!!

U all pernah makan tomyam & Singgang daging kan? Okey......Resepi harini actually combination the both tomyam + Singgang..... Dah lama mommy dok belek2 & perati Resepi ni tapi baru tergerak nak Cuba. Sedappppppp sangat hasilnya. Lagi sedap of course dari tomyam mahupun Singgang biasa. Tak caya kena try sendiri...…..

Sumber: Mingguan Wanita (3/8/2007)
Oleh: Mommy @Wind of Change

Bahan2:
500g daging (hiris nipis)
6 ulas bawang merah (mayang halus)
3 ulas bawang putih (mayang halus)
1cm halia (mayang halus)
1cm lengkuas (ketuk)
1 barang serai (ketuk)
6 tangkai cili merah (kisar halus)
4 tangkai cili padi (kisar halus)
1/2 camca serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut
1 mangkuk air asam jawa
Garam & serbuk perasa secukupnya 

Caranya
1. Daging direbus sehingga lembut. Masukkan bahan2 yg dimayang halus & bahan2 kisar ke dalam rebusan daging.
2. Biarkan mendidih seketika. Masukkan lengkuas, serai & daun limau purut. Masukkan juga air asam jawa & perisakan dengan garam serta serbuk perasa.
3. Reneh seketika & kemudian hidangkan  Ketika Masih panas.

14 comments:

  1. penat2 org masak n snap pic, senang2 je meke nak curi kan kak..sedapnya singgang daging nih :)

    ReplyDelete
  2. singgang daging peberet saya tu kak ros....

    ReplyDelete
  3. amboi mommy .. memang sedap. tu cili padi pon tak menahaan jgk terpacaknya disitu ye, ni kalo di geget ni mahu bergetar bibir ye.. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...eksen je cili pacak tu nisah. Gigot tak berani

      Delete
  4. nyaman eh daging singgang ni terliur akak nengok kan ni

    ReplyDelete
  5. Aduh mak aii..!!! sedapnya hirup kuah singgang...

    ReplyDelete
  6. Hopefully kak Ita menang kes saman dia tu amin..!

    Wah ni first time dgr singgang tom yam, thanks for sharing kak Ros..;)

    ReplyDelete
  7. woaahhh... sedap ni sis..

    ReplyDelete
  8. saya pun follow jugak blog kak ita tu, mmg suka tengok gambar2 sana. Hopefully dia mendapat hak dia.

    Singang daging ni harus dicuba ni. Selamat Berpuasa kak.

    ReplyDelete
  9. Macam sedap je tu ROs...

    ReplyDelete