Assalamualaikum & good day.
Alhamdulilah, tiba lagi penghulu segala hari; JUMAAT yang indah. Di hari yg mulia ini mommy mulakan dgn ucapan terima kasih kepada semua rakan2 blogger yg prihatin & memberi kata2 perangsang untuk mommy berkaitan kes semalam. Secara jujur mommy rasa happy sangat dikelilingi oleh mereka2 yg baik tak kira di kehidupan nyata @ di kehidupan maya ini. Sesungguhnya ALLAH maha mendengar supaya kita sentiasa dikelilingi mereka yg baik & dijauhi mereka yg berniat jahat. InshaALLAH!!!!
Berbalik kepada kes semalam, tiada ISU besar terjadi cuma biasala kita manusia biasa yg ada perasaan & sentiasa dihasut syaitan maka terlahir la luahan sebegitu. Cuma sedikit ralat kerana disebabkan tindakan beliau sebegitu membuatkan rasa hormat mommy kepadanya telah sedikit terjejas.
Okey, tak mau sedih2 sebab mommy nak bagitau disebalik rasa pilu mommy semalam, feeling mommy terubat bila berkunjung ke blog Tun_Telani yg comel ni sebab dia hidangkan mommy sesuatu yg cukup sesuai bagi org yang tengah bermalas-malasan. Heheh!!!
Mari makan bubur nasi, nasi air @ moi................
Yang bestnye mmg sesuai benar utk org yang nak DIET (jgn panik ye, mommy idok le pulun diet cuma lately ni mcm malas nak masak grand sgt). Ohw!!!!lupa nak highlight bukan bubur nasi biasa tau tapi bubur nasi+oat lagi.
Kat rumah ni mmg bekalan oat kena sentiasa ada tapi mommy jarang2 je layan (daddy je minum every morning without fail demi menjaga kesihatan jantungnya yg sentiasa berperang dgn kekotoran asap rokok). Jadi bila tgk resepi tun tu terasa le jugak nak layan oats. Mommy c&p dari tun resepi ni cuma ada adjust sikit resepi ni (sikit je tun, jgn mare). Sayaaaaaang tun.
Resepi: tun telani
Bahan2:
1 mangkuk nasi
3 mangkuk air
½ cawan oat
1 btg lobak merah- sagat halus (mommy dadu kecil)
½ kiub ayam
1 inch halia- hiris halus
Garam secukup rasa
Mommy tambah 1 cawan susu cair (blh juga ganti santan/freshmilk)
Bahan tabur:
Ikan bilis goreng
Cili merah- hiris
Lada hitam
Bawang goreng
Daun parsley/sup
Daun bawang
Kacang Goreng
Kacang Goreng
Cara2:
1. Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur.
2. Masukkan oat dan kacau sebentar.
3. Tambahkan susu & perasakan garam.
4. Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
wah...sedapnya...baru dok ingat2 nak buat bubur nasi nie...terubatlah rindu tu...dapat tenguk pun oklah kan...?
ReplyDeleteSalam mommyros..
ReplyDeleteTakper jgn pikir2 sgt psl sikap yg kurang enak mrk2 dialam maya nie..bila tutup pc, dah kembali dialam nyata..hehehe
anyway belum pernah buat bubur nasi + oat..mesti sedapkan kan..cam bubur ayam jgk style nya tuh...:)
Hai Ros,
ReplyDeleteokey dah ye... menu begini sesuai sangat untuk yang berdiet...!
Love u la kakros. Oat kat dapur tu tak berganjak2 dari dulu, kini dan selamanya, blei konon nak sihat la kan, hahahha tapi hampeh. Dengan cara pemasakan begini, harapnya luak la tak sikit, banyak. huhuhu thank u thank u.
ReplyDeleteSalam sayang kak ros.. tun dah lama xjumpa nasik niihhhh.. masak nasi pon x, nk wat bubur lagi lah kan, sbb tun biasa wat bubur guna nasik lebih.. sedih sedihh.. sila bersimpati. haha.. hantar nasik semangkuk, tun makan cornflakes je arini. tragis sungguh, kalau ada hasben tun je tun pulun masak mcm2, duk sorang2 nih, dapur pon xberasap :p
ReplyDeletebubur sangat bagus memang di konsumsi terutama bagi yang mengalami ganguan pencernaan
ReplyDeletetak pernah lagi letak oat dalam bubur nasi, nanti boleh cuba :)
ReplyDeleteTq kak ros :)
Salam kenal juga....Mia mmg orang Sabah :-)
ReplyDeletecuma foto2 tu semua credit kat hubby sbb dia yg buat, saya tukang tempek jak kat blog...hehe
Senang2 dtg lawat blog saya lagi... :D
Betul tu Ros ....kadang tu sedap gak melayan bubur ni. Tak pernah pulak cuba oat ni...
ReplyDelete