Assalamualaikum & good day.
N3 harini feeling2 sikit. Mengimbau kenangan bersama jiran yang terbaik Allah pernah bagi kepada kami.
Actually, bukan rasa bangga tapi seingat mommy memang sedari kecik sampai le ke sekarang ni Alhamdulilah semua jiran2 mommy baik2 belaka.
Kalau kat kampung, masa stay dgn C.Long jiran kami (kiri kanan rumah C.Long) dua2 namanya K.Lah & Abg Ya. Unikkan, kebetulan dapat pasangan jiran nama K.Lah & Abg Ya. Mcm mana kami nak describe each of the couple; sorang Abg Ya api (dia kerja TNB) & sorang lagi Abg Ya lori (dia bawak lori). Sampai skrg pun masih bersua muka kalau balik kg since dorg pun masih di rumah yg sama (C.Long je pindah rumah yang sekitar perumahan yang sama je).....Takde gambar dorg.
Jiran mok plak (rumah sekarang ni @Besut) juga nama K.Lah tapi suaminya nama Abg Mie. Juga sangat la baik sebab selalu tolong mok kemas rumah & apa2 pertolongan yg mok perlukan.
Pastu bila mommy dah mula bekerja & menyewa sendiri, bersama C.Su & beberapa org kawan lagi kami menyewa @Seksyen 19, S.Alam. Jiran cum tuan rumah, walau cina tapi tetap baik (tak kacau privasi kira orait le tu org2 bujang ni).
Berpindah rumah di awal perkahwinan dgn daddy, kami menyewa @Kota Kemuning (sbb dekat dgn office mommy) tapi tak lama di situ (jiran pun xde sebab tempat baru).
Kemudian, bila kebetulan Cik Pi (makcik daddy) berpindah rumah baru & offer kami menyewa rumah mereka di Subang Jaya, maka berpindahlah kami ke sana yg mana akhirnya menjadi hak milik kami (beli dgn Cik Pi). Di Subang kami berjiran dgn Marina (lupa nama hubby dia). Disebabkan area apartment tu tak ramai yang malay so we were really close. Sakit demam bahkan kematian Pak Su (adik daddy yg stay bersama kami masa tu) dialah yang banyak menolong. 5 tahun kami di Subang, sebaik arwah Pak Su meninggal kami berpindah pula ke Puncak Alam. Huhu!!!xde jugak gambar kenangan dgn Marina & 2 boys dia (pasni kalau balik Subang kena snap photo gak dgn dia).
Sebelum kami pindah Brunei, di Puncak Alam ini pula kami berjiran dgn pasangan Abg Zali & K.Imah bersama anak2 mereka yg sangat baik & sukakan 3A iaitu Abg Arman, K.Syahirah, K.Syafiqah, K.Syuhada & Arif. Hubungan kami sangat rapat malah K.Imah begitu sayang dgn Arfa since anaknya yang meninggal sebaya dgn usia Arfa. Ingatkan kami bakal berjiran sehingga ke tua namun ketentuan ALLAH kita tak tahu. Akhir tahun 2010, setelah mendapat tahu kami bakal berpindah ke Brunei maka bermula la episod duka especially anak2 K.Imah & 3A. Banyak kenangan suka (duka rasa mcm xde je) kami sama2 lalui selama hampir 5 tahun. Sedih nak berpisah tapi keadaan memaksa tambahan lagi kami terpaksa membuat keputusan untuk menjual rumah kami di Puncak Alam. Keputusan itu ibarat bakal merenggangkan hubungan kami tetapi Alhamdulilah setakat ke harini kami masih berhubung (secara online) & bila aja kami balik bercuti ke Malaysia pasti pertemuan diatur untuk bertemu. Contohnya disaat Arfa 'potong' akhir 2011 yang lalu mereka sanggup datang (termasuk anak2) ke klinik di mana Arfa khatan disebabkan kami tak mempunyai masa untuk bergegas ke Puncak Alam pada masa itu. Yang the latest kami jumpa masa akhir 2012 yang lepas semasa kami balik bercuti. Disebabkan kenkangan masa juga agak sukar untuk kami ke Puncak Alam tetapi pertemuan dapat diatur di Bukit Merah Lake Town Resort otw kami pergi ke KL & otw mereka bercuti ke Penang. Mommy percaya jodoh kami mmg kuat, Alhamdulilah dapat je bertemu mata & melepaskan rindu. Gambar2 kat bawah ni kenangan semasa kami berjumpa mereka. 3A dah mula malu2 kucing (almaklum masing2 dah besar).
Bila dah pindah Brunei ni, sekali lagi ALLAH hadiahkan jiran2 yang baik2 belaka. Jiran yang paling rapat dgn kami setakat harini of course K.Mariah (mama Areesya). Semoga ukhwah antara kami berkekalan walaupun akan sampai waktu & ketikanya nanti kami terpaksa berpisah. Begitula aturan ALLAH, diberi pinjam kemudian diambil kembali tapi yang pasti dihadiahkan kembali mungkin dengan yang lebih baik. Apapun, mommy sayang semua jiran2 kami dulu & kini. Gambar dgn keluarga K.Mariah nanti mommy upload dlm N3 di masa hadapan. InshaALLAH
Betol Ros...jiran jiran tu umpama adik beradik jugak..kalau apa apa kecemasan..takkanlah nak tunggu adik beradik yg jejauh nak hantar hospital kan..tu lah kita kna jaga hati mreka...jiran nekcik walaupun asal indon..alhamdulilah baik baik belaka..alhamdulilah...jangan lokek ..jaga hati dan perasaan mereka..insya allah
ReplyDeleteInshaAllah nekcik....sama2 kita berbaik2 sesama jiran apatah lagi sesama islam kan
Deletetu lah ..jiran2 ni org kata lebih afdal kita rai berbanding saudara yg duk jauh2..
ReplyDeleteye azu...kalau buat juadah better hulur kat jiran dr kita pass kat saudara yg jauh2 sbb masa kita memasak tu baunya smp kat hidung jiran.
Deletejiran umpama adik beradik sendiri.kalau ada kematian dan kesusahan..merekalah yg tampil memberi bantuan.kekadang adik beradik datang bila semua sudah selesai..
ReplyDeletebetul sgt2 tu kakyon....ros pun masa arwah adik ipar meninggal tu husb outstation (oversea), jiran la antara yg byk membantu
DeleteAlhamdulillah... jiran yang baik ramai, tapi yang serasi tu payah. Kami sini pun syukur jiran merangkap best friend hubby sangat baik, sakit demam depa la kalut take care.
ReplyDeleteduduk tempat org lagila kita kena berbaik2 dgn jiran kan? kalau kita sombong susahla masa emergency, harap sanak saudara yg jauh mmg x practical la. islam @ non tetap kita kena hormati jiran ;)
Deleteexactly, tambah lagi terharu bila mereka pun cuba sedaya mereka respect us as Muslim.
Delete