بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 29 April 2012

Getuk Ubi Kayu



Harini mommy masukkan N3 tertunggak lg mengenai Getuk Ubi Kayu. 1st of all, i have no ideal this traditional kuih came from with negeri @ bangsa. For what i know i just love this kuih ever since i start my life in KL & Selangor. Back to Malaysia, no doubt there are a lots of gerai selling this kuih beside of cause popular goreng pisang, keropok lekor etc. Huhu!!!really miss scenery of those stalls by the roads. Here in Brunei, they are not practicing hawker style. You can only see this kind of hawker @Tamu. But definetly the kuih much are slightly different. That's why i tried myself to prepare this simple & yummy kuih. Beside, the tapioca were famously sell here. U can easily get the tapioca almost everyday @Pasar Sayur.
From what i know, this Getuk Ubi Kayu have 2 types. One is dipping with glutinous flour & deep fry like what i prepared here and the other one is fresh without deep fry. Means, u just eat them only with coconut shreeded. So, without further words just look at how i prepared them. The most important step i think of cause the 'bancuhan tepung' because it will affect the crunchy taste of this Getuk Ubi Kayu.

Bahan2:
1. Ubi
  • 2 cawan ubi kayu (yg telah direbus & dilenyek)
  • 1 cawan kelapa parut (yg muda sebab lebih berlemak)
  • 1/2 cawan gula
2. Tepung Gorengan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum (tak letak pun xpe)
  • 1 cawan air (bergantung kepekatan yg diingini)
  • 1 sudu besar air kapur
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak
Caranya:
  1. Mula2 sekali rebus ubi kayu dengan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Lenyekkan ubi sehingga lumat.
  3. Campurkan gula & kelapa parut. Gaul sebati.
  4. Ambil sesudu adunan & kepal serta bulatkan. (anggaran size bergantung atas citarasa, tapi jgn besar sgt).
  5. Ulang langkah 1-4 sehingga ubi habis.
  6. Dalam mangkuk besar, satukan tepung beras, tepung gandum, serbuk kunyit & garam. Gaul rata.
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengguli tepung.
  8. Apabila telah mendapat bancuhan tepung yg sekata warna kunyitnya & tepung sedikit cair, masukkan 1 sudu besar air kapur.
  9. Gaul tepung sehingga betul2 sekata & boleh tambahkan air jika bancuhan masih pekat (anggaran kelikatan tepung apabila diangkat adunannya tidak putus).
  10. Masukkan bebola ubi tadi ke dalam tepung & salut dengan sekata (pastikan tepung menyelaputi seluruh ubi bagi menggelakkan ubi terkeluar semasa menggoreng).
  11. Terus goreng bebola ubi yg telah disalut tepung ke dalam minyak gorengan yg dipanaskan terlebih dahulu.
  12. Goreng sehingga tepung garing. Angkat & toskan.
  13. Sedia dihidangkan.

Bebola ubi yg telah dicampur kelapa parut & gula.
Salut bebola ubi dengan bancuhan tepung secara sekata.

Sedap makan semasa masih panas kerana keranggupannya.

Saturday, 28 April 2012

Kebaikan Temulawak

N3 ni additional info pasal temulawak khas utk yg belum mengenalinya. 





Sumber info: Bio-asli

Kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1.   Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.   Ubat demam( anti-pyretic)
3.   Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.   Penyakit kulit
5.   Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.   Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.   Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8.   Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.   Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temulawak, 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT. SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian darah.  Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.









Cara penggunaan:

Diantara cara penggunaannya ialah dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan (peringatan : jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan). Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.


Temulawak dan penyembuhan Hepatitis

Di kebanyakan negara, hepatitis atau penyakit hati menduduki tempat ketiga sebagai penyebab kematian setelah penyakit infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku sangat tinggi, sekitar 2,5 – 19,5% . Bahkan untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.
Secara hitung panjang sekitar 5% penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti Amerika Utara dan Eropah Barat, lazimnya sekitar 0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan  Atlantik  kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk dilapurkan sebagai pembawa.

Penyakit jantung koroner

Disamping sebagai obat hepatitis, temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).
Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti peradangan, dan menurunkan tekanan darah.
Dalam menurunkan tekanan darah, Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan penelitiannya pada 5 ekor kucing percobaan dengan suntikan intravena dari temulawak sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl . Ternyata dapat menurunkan tekanan darah kucing tersebut, meski mekanisma yang pasti masih belum jelas.
Penelitian Gunster lainnya, temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus. Oleh karena itu dianjurkan agar ibu hamil berhati-hati menggunakannya karena dos yang pasti belum jelas.

Temulawak & Kanser Payudara


Khasiat temulawak lebih banyak dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi (antiperadangan), antibakteri, antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol, antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan darah yang bisa menyebabkan stroke). Sementara salah satu komponen minyak atsiri yang dikandungnya, yakni xanthorrhizol adalah antikanser, terutama kanser payudara.
Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.
Hasil penelitian membuktikan temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti obat anti inflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal. Konsumsi temulawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.

Untuk penggunaan langsung, temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan adalah 2 gram temulawak, walaupun demikian penggunaan sehingga 6 gram masih dapat bermanfaat.

Penggunaan temulawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap obat tradisional ini.

Secara umumnya manfaat temulawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesehatan serta menghambat penggumpalan darah.

Minum Rebusan Temulawak untuk Reumatik

Sebahagian masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak segar yang dicampur  dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.

Friday, 27 April 2012

Asam Pedas Kepala Tenggiri


Semenjak try resepi asam pedas Melaka ni last month guna ikan tenggiri, mommy terasa kepuasan & keenakan hidangan ni. Mmg dah lama sgt belajar & try buat asam pedas ni since daddy dok puji2 jiran lama masak asam pedas Melaka. Bukan nak challenge dia tapi bila suami kita puji masakan org lain, jauh di sudut hati terasa juga jealous & tercabar utk menyediakan yg terbaik untuk suami kita sendiri. Huhu!!!secara jujurnya mommy mmg xpandai masak asam pedas ni, maklum la org Pantai Timur mana pandai makan asam pedas sebab kami lebih sinonim dgn ikan singgang. Tapi semenjak merantau belajar & bekerja, bila terdedah dgn masakan2 negeri lain, mommy start suka dgn asam pedas ni. Semenjak daddy puji jiran dulu tu, sejak itu juga lah mommy dok mencari resepi utk buat asam pedas terbaekk bagi memenuhi citarasa daddy tapi semuanya gagal. Ada je tak kena.....Org cakap tumis cili dgn minyak banyak, bantai 2,3 senduk minyaknya. Fail jugak......Last2 terjmp resepi ni, alhamdulilah bila tried 1st time dulu mmg menjadi (citarasa mommy le, xtau org lain rasa xsedap plak). Tak berani nak tanya daddy sedap ke tak, sebab takut frust utk sekian kalinya tapi rasanya daddy dah boleh accept kot resepi ni. Kalau dia masih lagi dok admire kat asam pedas jiran kami dulu, lantak pi kat dia laaa. Gamaknya org tu bubuh ajinomoto sekerat botol kot. Kik3x.......mmg xpuas hati sbb mommy rasa biasa je pun mcm org masak @restoran tu. Setahu mommy, mmg banyak versi org buat asam pedas ni samale mcm kami masak ikan singgang. Ada je secret recipe yg memenuhi citarasa tekak masing2. Macam ikan singgang, secret recipe keluarga mommy, kami letak budu dalam 1 sudu utk menambah kelazatan kuahnya. Org lain xtau le plak ada ke letak budu mcm kami. Hehe!!!berbalik kepada resepi asam pedas ni, mommy jot down resepinya kat sini supaya senang untuk rujukan mommy, anak2 & cucu2 nanti. Kalau u all terjumpa resepi yg lagi senang & sedap, xkisah la nak alter sendiri. Yang penting anak2 tekak kita semua happy & menyukainya ;)
Sedap betul gigit2 & hisap2 tulang2 kepala tengggiri ni. Since mommy jadi tukang masak sendiri ni, jadi favourite plak dgn kepala tenggiri. Aritu singgang, pastu kari & skrg buat asam pedas ni plak. Kalau dulu2 masa byk abis masa makan @kedai kami jarang layan kepala ikan sebab dady xsuka. Sampai sekarang pun dia kurenggg. Mommy sediakan bahagian isi utk daddy & kepala mommy punya sorang. 3A tak pandai lagi nak makan asam pedas ni (pedas!!!), cuma k.Anis je layan kuah. k.Anis ni mmg suka kuah2 asam.

Asam pedas ni kalau ditambah dengan tomato & bendi mmg lagi pherggh laa sbb xyah nak masak2 sayur lain dah. Hehe tambah dgn ulam2 je, cukup.

Okeh!! last picture nak eksyen skit dgn hidangan lunch mommy kemarin. Asam pedas + budu +ulam timun/temulawak....Haaa! nak tanya u al tau @ pernah makan temulawak? Walaupun rupanya mcm halia/lengkuas tapi rasanya x pijar mcm 2 benda tu. Sedap sgt buat ulam.....Bau & rasanya ada iras2 mangga muda tapi tak masam langsung. 1st mommy makan dulu kawan bagi, yg ini plak kawan gak bagi. Tqvm to k.noor sebab bermurah hati bagi mommy byk ulam2 & pokok2. Seronok sgt bila dapat bekalan ulam-ulaman spt ulam raja, daun kaduk, pandan, daun kesum, bunga kantan, bunga telang etc. masa singgah kat rumah k.noor Selasa lps. Walau haritu peristiwa sedih dgn BM hancur tapi terubat sgt2 kedukaan bila dpt makan ulam-ulaman kegemaran mommy. Berselera betul makan. Nasib baik program diet mommy ni dibenarkan makan. Hehe!!!mg ni berat badan tak berubah2 lagi takatnya. Tak sabar nak dptkan berat ideal ni. Ya ALLAH!!panjang lebarnya mukadimah.....Kita proceed jelah dgn resepi Asam Pedas Kepala Tenggiri ni ye.

Bahan2:
  • Bahagian kepala tenggiri dibelah dua & 3 ketul isi (basuh bersih dgn asam jawa)
  • 1 mangkuk/15 biji cili kering (rendam air panas & kemudian kisar)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 2 biji bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 inci kunyit hidup (kisar)
  • 1/2 inci belacan (kisar)
  • 1 sudu lada hitam (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk/belah 2)
  • 1/2 sudu teh halba
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Tomato
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Air secukupnya
Caranya:
  1. Mula2 panaskan minyak & tumis semua bahan kisar sehingga cilinya betul2 garing.
  2. Kemudian, masukkan serai, halba & sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Apabila kuah mendidih, masukkan isi ikan & kepalanya serta masukkan juga daun kesum & bunga kantan. Masak lagi sehingga isi ikan lembut.
  4. Tambahkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa (lebihkan masam).
  5. Sebaik sahaja isi ikan lembut & kuah mendidih, tambahkan sedikit lagi air (terpulang citarasa nak pekat @cair).
  6. Akhir sekali masukkan bendi & tomato. Renehkan sebentar sebelum matikan api.
  7. Sedia dihidangkan.


AYAM GORENG BEREMPAH









Mommy jot down resepi ayam berempah yg match dgn nasi lemak kukus Ahad lepas ye. Masih menggunakan resepiraidah utk ayam berempah ni.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih**
  • 2 biji bawang besar**
  • 1 inci halia**
  • 5 batang serai**
  • 1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng.
  • Garam secukup rasa

  • **ditumbuk atau dikisar kering



Cara membuatnya:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk  dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.


Wednesday, 25 April 2012

Princess Cake ?

Nak berhibur hati sikit since smlm moody je. Harini mommy nak tunai janji tayang kek birthday Ahdia cum kek birthday mommy gak la, hehe. Malu sebenarnya nak tayang sebab Ya ALLAH, mengigil2 tangan nak buat deco tu almaklum 1st time mommy kenal butter cream bagai. Memandangkan blog mommy ni ada juga berkawan dgn blog tukang2 masak terkenal mesti menjadi N3 komedi buat dorg ni. Hehe!!!mommy xkisah pun sbb yg penting 1st step utk try. Bak kata pepatah English "The thousand miles start with the single step".
Yang paling penting sekali N3 ini bakal mencatat sejarah buat mommy sebab berani menyahut cabaran Ahdia & Anis untuk buat Princess Cake for Ahdia's birthday. Cuma yg frust sgt sebab xleh nak bake the cake sendiri sbb oven dah 'ghaib' (landlord htr repair). Kesian Ahdia, birthday dia dah lps since 20th Dec last year tapi baru sambut in April combine dgn birthday mommy. Mommy bukan sengaja delay dik tapi tule, oven rosak xleh nak wat cake.....Kalau ikut hati dah malas nak buat tapi sbb Ahdia kejap2 tanya 'bila birthday adik, mommy?" since bln January bila kami lps bercuti lagi. Huhu!!!budak ni pun masa @Msia org nak celebrate dgn family dia xnak sbb nak buat @sek dgn kawan2 dia. Hehe, bukan apa tu kalau celebrate @sek, dia bakal dpt banyak hadiah. Dia tengok abg & kakak dulu byk dapat hadiah so mmg itule wish dia.
Okey la, xde resepi nak beri sbb cake mommy beli ready made @bakery (cuma punya le penat cari kek ni sbb mula2 tu mommy nak cari kek bulat since nak buat princess dress yg bulat kan. Tapi pusing satu pekan Tutong, xde yg bulat. Last2 beli gak le yg square 3 biji).Mommy start buat butter cream & deco princess cake tu dah malam right after siap masak rendang daging (menu utk nasi cikgu2).Untuk buat butter cream tu mommy follow resepi dlm FB@Jom Masak. Simple & cepat. So, 1st mommy trim je square cake tu jadi shape bujur utk princess skirt. Pastu terus sapu atas cake tu.... Entah betul @ tidak teknik menyapu butter cream tu sbb mmg xpernah tgk org buat dpn mata & mmg xpernah buat pun. Huhu!!!cuma dok tgk step dlm youtube oleh 2 gegirls tu. Di pendekkan cerita, ada le rupe Princess Barbie tapi pakai baju yg tak seterika je gayanye. Kik3x....bantai le mommy janji siap. Dah cakap dengan daddy, ni kalau xde rupa Princess Cake kena standby plan B g beli kek ready made biasa2 tu @Bakery pagi2 after htr dorg g sekolah.Apapun, alhamdulilah mommy managed to finish the task by 11 something pm. Pheww!!!masa tu dorg semua dah tido. Dah final touched tu mommy chill princess tu dalam fridge. Kasi segerrrr (actually butter cream yg mommy buat tu mcm cair/lembik je mommy rasa). Tapi xtahu la kot mmg mcm tu rupanya. 
The day (14/4/2012 - mommy's birth date tu spttnya) bangun je tido, dorg sibuk nak tgk mana princess cake tu. Bila mommy ckp dalam fridge semua serbu bukak.....Tarra!!! Yg bestnya, bila Ahdia bukak trus dia terdiam (mommy suspen dah kot dia xsuka & sedih tgk princess tu). Bila mommy tanya nape dik, cantik tak? Dia senyum & ckp cantik...Phew!!!!sekali lagi lega.
So, bila mommy & daddy bawak je cake tu ke kelas Ahdia time recess (dorg daddy dah htr pagi2 mcm biasa, cuma kami berdua pergi semula masa rehat).....kawan2 Ahdia punya seronok tgk princess tu. Ada yg terlonjat2 & dok keliling princess tu puji lawanya....Hahaha!!!bangga le mommy dgn budak2 ni. Pastu cikgu & guru besar plak puji cantik. Kembang lagi hidung mommy (kik3x....ko xtau aku mengigil2 semalam). 
Maka dengan ini mommy perkenalkan 'Princess Ahdia' pakai gaun tak berseterika.........
Princess ni ada tahi lalat besar atas dahi.
Tengokle gaun princess tu berkedut2.
Masa mula2 smp @kelas Ahdia.
Tak sabar punya pasal. Tgk wording tu dah kena calit.

Mommy's workplace. Bersepah giler smp ke malam terbiar mcm ni sbb dah penat sgt nak kemas.
Seronok dorg tgk princess tu.
    Princess kena kerumun. Famous tuuu.

Posing dulu before potong kek. Yg tinggi2 @belakang tu kwn2 K.Anis.

      Suasana dalam kelas Ahdia. Budak2 ni sopan je.

Masa untuk potong gaun princess. Pheww!!lega mommy dah kena bukak gaun ni. Tak larat dah tgk berkedut2 tu.
Gifts from her friends.

Kelakar budak ni. Jilat abis body princess tu. Hehe!!!trus nampak t#t*k princess.
Tetamu jemputan ni.
Birthday girl tengah enjoy her cake.
         Hjh Siunchang (headmistress) enjoy her piece.
Hahaha!!!kelakar gambar ni. Mommy xtau daddy snap masa mommy terlentok dlm keta ni. Serius, penat sgt sampaikan tak sedar apa2 dah masa ni. Tercelik mata plak masa terkejut bunyi loceng balik. Alhamdulilah, settle hutang mommy dgn Ya. Bila Ya dah boleh baca blog ni ketahui la yg mommy try my level best to make u happy. Same goes to k.Anis & abg Affan. Mommy love 3A more than any other 'harta' i have in this world. Last but not least of cause daddy jua....... R love u 4A!!!!

Tuesday, 24 April 2012

HANCUR HATIKU!!!!!

Ya ALLAH!!!!!mood sedih betul harini. Seiring dgn hujan renyai2, mommy pun rasa nak menangis renyai2 gak. Kalau diikutkan perasaan, mau menitik air mata dpn org2 kastam @Pej pos tadi. Why? Why? Huhu!!!!
Astarafirullah......sabar2, daddy cakap dah nak buat mcm, benda dah jadi, dah pecah,dah hancur...Mommy yg sedih sgt tu sebab dah le lama menunggu benda alah ni muncul dpn mata, alih2 muncul dlm keadaan hancussssss. Mana tak sedih, dah le semangat tengah berkobar2 nak meroti,mengepau, segala2 me lah.....
Baru je mg lepas seronok tak terkata received parcel berisi handbag Aigner hijau, alih2 mood totally change. Balance la tu ye feelingnya.  Tak apelah, nak cakap apa lg kan, huhu!!!mungkin Allah nak tarik sikit je rezeki yg ada supaya mommy tak leka seronok sgt (hehe, berperasangka baik jelah kan dgn ALLAH....mgk ALLAH nak bg yg lebih baik).U all tgk sendirila condition Bread Maker yg mommy terima pagi tadi....Tak boleh nak menaip lama2 sgt, sedih.....
Sehancur hatiku!!!

Hancusss!!!

Mujurle jugak control panel xpecah, lid je yg hancus. Harap2 blh baiki.


Tak sempat loading @rumah dah hancus dpn akak kastam tu.

Monday, 23 April 2012

Nasi Lemak Kukus

Cosy weekend we had yesterday due to showering rain from early morning till noon. Huhu!!!ikut setan mmg syok je tarik selimut tapi alhamdulilah setan kalah jua. So dengan gumbiranya mommy nak berpantun

"Air pasang pagi, surut pukul limak (bahasa sarawak mau rima sama ne)
Mommy bangun pagi masak nasi lemak"

Hehe, mommy dah biasa wat nasi lemak tapi selalunya mommy masak aje dlm rice cooker. Masuk siap2 nasi+santan+daun pandan+ garam + hirisan halia, tapi pagi ni berkobar2 rajin nak wat nasi lemak kukus. Caiyok le rajinnya mommy.......Secara teori, mommy dah tau mcm nak masak nasi lemak kukus ni (org cakap sama mcm masak nasi dagang) tapi bila mommy google tgk kot2 silap caranya, jmp resepiraidah yg sedikit kelainan dr yg mommy belajar secara teori tu. K.raidah rendam nasi masa kukusan kedua yg membuatkan tekniknya lain sikit, so mommy nak try guna cara K.raidah ni tgk apa hasilnya.   

After follow step by step resipi k.raidah, tarra mmg puas hati sebab nasinya kembang, lembut & berderai secara uniform. Rasanya jgn cakaple, Arfa ambil for breakfast pkl 8am tu 2 pinggan yg penuh (sukat pakai mangkuk mcm dlm gambar tu le), pastu pkl 1pm makan lagi sepinggan utk lunch....Tup2 pkl 5pm makan lagi ala2 tea break. Yg nak gelaknya kat dia ni, masa dinner daddy dah mintak nasi putih biasa tapi dia request nasi lemak lagi. Rasa berbaloi2 mommy mengukus pagi tu. Partner utk nasi lemak kukus ni selain yg biasa tu mommy goreng ayam berempah (juga guna resepi k.raidah)...


Sumber: resepiraidah

Untuk nasi
Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan
  • 1 inci halia ~ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula ( secubit )
Cara penyediaan:
1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak.
3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 15-20 tangkai cili kering ~ dikisar ( jika nak pedas tambah lagi )
  • 6 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 3 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1-2 labu bawang besar ~ dihiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Sedikit belacan (hancurkan dengan sedikit air panas)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat dan toskan minyaknya.
2. Lebihan minyak tadi, gunakan utk menumis sambal.
3. Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
4. Goreng cili dgn api yg perlahan sehingga pecah minyak dan cili betul2 masak/garing.
5. Kemudian masukkan sedikit air, air asam jawa, belacan, garam dan gula.
6. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
7. Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
8. Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.

Bahan sampingan lain:Ikan bilis goreng, kacang tanah(digoreng), telur rebus dan hirisan timun.

* Untuk resepi ayam goreng berempah, refer next N3.

Sunday, 22 April 2012

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES

Alhamdulilah semalam dapat la prepared sedikit juadah utk tuan rumah masa majlis taddabur. This year ini consider 1st gathering dgn kawan2 Malaysia @KB. Kalau ikutkan dorg kat Seria/KB selalu berjumpa almost everyday but not for me. Bukan tak nak join aktiviti dorg especially majlis2 agama tapi kenkangan masa & jarak perjalanan membuatkan susah nak bergiat aktif dgn mereka. Tapi apa2 pun syukur & berterima kasih sebab dorg selalu & sentiasa menjemput kami. Dah terpilih rumah yg jauh dr kelompok Malaysian, nak buat mcm kan. Dorg semua suggest utk pindah rumah supaya kami xde terasa kesunyian (mommy le tu yg sunyi), tapi memikirkan kontrak dgn landlord atleast 2yrs & proses angkut mengangkut barang mmg leceh la nak pindah. Lagipun mommy pun dah start ada life @sini dgn aktiviti mengaji dgn ustazah Mastuyah & bz online yg memerlukan bergerak ke BSB selalu.....So bersyukur la dgn ketentuan ALLAH.
Btw untuk majlis semalam mommy buatkan Kek Kukus Hawflakes. This is consider my 2nd time prepared the cake & i quite like it especially the combination taste of sweet & sour. Besides that of course the colorful look. Hehe, walau apapun penilaian org but for me, takle terror sgt tapi bole la menjadi baik dari segi lapisan @ kegebuaannya. Resepi ni mommy ambil dr MyResepi. Dah ramai sgt dah org buat, amateur mcm mommy okay la 'better late than never'.







Sumber: MyResepi oleh k.fida
Bahan-bahan ( loyang 10x7 ):
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • Pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (mommy tambah warna orange & coklat - tambah serbuk koko utk color coklat)
  • Secukup hawflakes 
Cara-cara:
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

*Untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
*Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Friday, 20 April 2012

PUDING KEJU DRAGON FRUIT


Semalam mommy buat puding keju ni utk dessert. Alhamdulilah sedap & memenuhi citarasa budak2 especially 3A ni. Memang pengemar tegar keju & produk tenusu dorg ni. Mommy ni plak mmg dari kecik tak berapa suka. Susu pun jarang2 minum. Huhu!!!mungkin dulu sebab mok sendiri xsuka minum susu, so anak2 pun dah trained followed dia punya taste. Nowadays, org dah modern, makanan pun modern & variety. Kalau kita hadkan pemakanan/taste anak2 nanti bila dorg besar susah la nak survive (pengalaman sendiri ni,mommy ni ikan sungai xmakan, kambing xmakan, mujur le sayur2 & ulam suka....huhu!!bila g travel punya le payah nak survive dgn anak tekak sendiri. Ingat lagi g melancong ke Beijing, siap tapau tumis ikan bilis & serunding. Org lain punye le sedap makan kambing etc, kita tengok je. Tapi peking duck (itik panggang) tu boleh plak makan, till harini sedap plak (teringat last weekend masa lunch celebrated birthday mommy kami mkn Chinese Food,menunya ada peking duck, sedap!!)
Okey, about today recipe;next time kalau nak buat mmg confirm laris la ni. By right resepi asal mommy ambil dr buku 'Kompilasi Hidangan Si Manja' -Alaf 21 ni guna strawberries & namanya pun Puding Keju Strawberries tapi masa mommy g Hua Ho nak beli strawberries xde plak. Pergi cari lagi @Kim Huat xde gak, Soon Lee xde gak....itu yg terpikir nak tukar guna dragon fruit.Btw, alhamdulilah mujur strawberries xde sebab mmg lagi 'cun' & sedap rupanya guna dragon fruit ni. Dari segi warna mmg cantik sangat, purple color. Taste pun lebih kurang sama dgn strawberries sebab masam2 manis & ada biji2 hitam tu. Sukaaaaale sgt mommy. 

Bahan2:
  • 250g krim keju (cream cheese)
  • 250ml air
  • 160g gula kaster
  • 150ml whipping cream-dipukul sehingga pekat
  • 100g buah dragon fruits/strawberries (nak lagi byk pun boleh)
  • 60ml susu segar
  • 10g serbuk agar2
Caranya:
  1. Masukkan krim keju, gula, susu segar & dragon fruits.
  2. Kacau atas api perlahan hingga krim keju cair. Ketepikan, biar suam.
  3. Masak agar2 dgn air hingga larut.
  4. Masukkan agar2 ke dalam krim keju & kacau rata. Biar suam sedikit.
  5. Campurkan whipping cream yg telah dipukul ke dalam campuran krim keju. Kacau rata.
  6. Masukkan bancuhan ke dalam acuan & sejukkan di dalam peti sejuk.
  7. Sedia dihidang.



















Mommy suka teksturnya yg berbiji2 hitam & rasa buah yg berketul2. Mommy tambah lagi topping dgn chopped dragon fruits.








Lebihan dragon fruits of the day. Mmg favorite kami gak. After dinner makan buah fresh dulu since pudding is chill in the fridge. Cuma satu yg kurang berkenan dgn dragon fruits ni = too much purple color. Macam dye plak, silap gaya kena baju mmg selamat le. So, pesanan dr mommy " hati2 ngap dragon fruits tu nanti mommy plak transform jadi dragon, hahaha nak sental baju korang". 

Thursday, 19 April 2012

SUSHI PULUT

Lama rasanya tak masukkan N3 masak2......Hilang mood skjp selepas masalah mok melanda. Aish!!life must go on. So, harini mommy jot down resepi yg mommy buat ni try & error sbb teringin nak makan sushi. Kat Brunei ni ada jugak Japanse restaurant tapi area kami @Tutong ni xde. Kalau teringin nak makan Japanese food kena drive ke Seria/KB @ BSB. So, kalau time2 teringin tu kena le wat sendiri kan. Jadi Japanese food ka, Jawanese food ka xkisah la sbb sendiri buat, sendiri ngap, hehe. Mommy buat dah lama ni tapi malu nak post sebab potongnya tak uniform daa. Ada yg kurus & ada yg gemuk. Ingat later le nak buat semula baru nak post tapi masalahnya bila beli je seaweed/nori sheets ni xsempat nak gulung. Abis diratah dek Arfa & daddynya. Huhu!!!dah ckp nak buat sushi, tapi kejap2 "satu je mommy", pastu dtg lagi "satu je mommy"......last2 tinggal plastik je.
So, sebelum mommy lupa cara nak buat ni, post jelah guna gambar ni. Kalau tak cantik tu baru org percaya mmg betul mommy yg amatur membuatnya. 
Btw sushi yg mommy buat ni dah di modified ye guna pulut. Biasele, tekak ada campuran Siam suka kat pulut jugak. Tapi serius, sedap jugak guna pulut. Senang skit kalau nak kepit dgn chopstick, hehe xde le lerai nasinya (maklum le tangan dah kematu baru belajar makan guna chopstick, mana x lerai).

Bahan2 utk sushi rice/pulut:
  • 3 cawan pulut/ grain rice
  • 1/3 cawan cuka makan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
Caranya:
  1. Basuh beras/pulut & masak seperti biasa dalam rice cooker. (Kalau masak pulut guna sikit je air, kalau 3 cawan pulut tu cuma guna dalam 1 cawan air).
  2. Apabila pulut dah masak, masukkan dalam mangkuk besar.
  3. Dalam kuali/ periuk yang lain, masak cuka, gula & garam sehingga gula & garam larut. 
  4. Campurkan campuran cuka tadi ke dalam mangkuk berisi pulut.
  5. Gaul rata menggunakan sudip kayu. Sejukkan
Bahan2 untuk sushi:
  • 1 batang timun (buang biji dan potong panjang2)
  • 1 biji avocado (buang biji & potong nipis2) - mommy xletak sbb xde stok
  • 8 batang crabstick (celur & tos)
  • 4 sudu besar mayonnaise
  • 4 keping seaweed/nori sheets
  • 6 cawan sushi rice/pulut
  • 1 sudu besar bijan yg telai disangai
  • Telur dadar - mommy tambah sendiri
Caranya:
  1. Letakkan 1/2 - 1 cawan sushi rice/pulut ke atas seeweed sheet & tekan kira 1/4 inci tebal (agak2 je). Taburkan bijan di atas pulut. Btw mommy pakai sarung tangan plastik untuk tekan & menggulung supaya pulut xmelekat.
  2. Alas plastik di atas bamboo mat & letakkan kepingan seeweed tadi di atasnya.
  3. Susun ikut urutan timun, avocado, crabstick & telur dadar ke atas pulut. Hujungnya sapukan 1 sudu besar mayonnaise.
  4. Dengan berhati2, gulung plastik alas & kemaskan seeweed sheet menggunakan jari. Gulung sehingga ke penghujung & genggam alas plastik tu sebelum menarik keluar plastik tersebut.
  5. Ulang 1 - 4 sehingga bahan2 habis digunakan.
  6. Potong menggunakan pisau tajam sushi tadi.
  7. Sedia untuk hidangan.
Gambar selingan masa kami lunch @ Kaizen Sushi, Bandar Seri Begawan....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...