Assalamualaikum.
Salam sayang untuk semua di hari Jumaat yang mulia. Harini seperti biasa waktu pagi mommy busy like a bee!!! Biasanya menu lunch mmg simple dimple @ kadang2 tu perangat je lauk semalam (kalau ada banyak lebih). Harini lepas amik 3A balik dari mengaji, seperti biasa masuk dapur baru terfikir2 nak masak apa. Keluarkan ikan & udang dr freezer. BLANK!!!!
Kemudian belek2 majalah cari resepi best2 & yang paling penting senang. Hehe!!!pastu terpandang kata2 pengarang ni "Kekeringan idea untuk menyediakan hidangan buat keluarga?" Senyum je mommy sebab mmg kena le dgn situasi mommy masa tu.
Pastu kat bawahnya ada gambar resepi Ikan tandoori....................Emmp!! tiba2 dapat idea, instead of buat ikan mcm resepi tu mommy nak buat UDANG TANDOORI.
Akhirnya YESSSS!! Jadila Special edition ni. Malas le nak cakap lebih2 tapi mmg Terbaekkk kata Boboiboy.
Untuk resepi especially buat k.Anis (dia suka sangat) makan sampai 5 ekor sekali hadap. Refer kat bawah ye. Mommy bagi warning awal2 "NO REGRET!!!"
Sumber: Majalah Saji (Mei 2012)
Olahan: Mommy @Wind of Change
(sukatan asal resepi ni dalam gram, so mommy agak2 je)
Bahan2:
300g udang (dalam 15-20 ekor)
70ml yogurt asli
1 biji limau nipis/lemon
12g bawang merah (mommy guna 3 biji)
30g halia (mommy guna dalam 2 inci)
40g bawang putih (mommy guna 6 biji)
12g serbuk cili (1 sudu besar)
12g serbuk kunyit ( 1 sudu teh kunyit)
5g serbuk kulit kayu manis (1/2 sudu teh)
5g buah pelaga ( mommy guna serbuk dalam 1/2 sudu teh)
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Gaulkan udang bersama semua bahan2 lain (mommy tak terus letak jus lemon sebab prefer perah masa dah siap masak).
2. Perapkan udang tadi selama 1 jam.
3. Panggang udang di dalam oven sehingga masak (mommy guna suhu 200'C).
salam k.ros...
ReplyDeletesedapnya.. udang tu..
betul tu...kalau ibu2 kan memang gitu,buntu hari2 duk pikir nk masak apa.. dah puas duk godek2 masak lauk pauk...sesekali ubah selera best juga..ehee
masalah surirumah sedunia tu....kalu jenis mmg nak makan nasi lagi le pening
Deletenaaakkk la jugaakkk..!!
ReplyDeleteoh milan!!!!nah amekaw
Delete