Assalamualaikum.
Harini kita bagi laluan N3 jalan2 4A+R sekitar Brunei sambil2 tlg promote Tourism Brunei, hehe. Layan gambar2 4A+R posing @ Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah. Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29. Jame' ini terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar Seri Begawan. Ianya telah mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar persegi. Merupakan masjid/Jame' terbesar di negara Brunei Darussalam pada masa kini.
Jame' ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.Kapasiti Jame' ini melebihi 5,000 orang jemaah. Jame' ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.
Jame' ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.Kapasiti Jame' ini melebihi 5,000 orang jemaah. Jame' ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.
Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi buatan tempatan yang mempunyai panjang keseluruhannya kira-kira 1.082 km (3,500 kaki) dengan tujuh pagar pintu masuk; dua buah pagar untuk pintu masuk Diraja dan orang-orang kenamaan dan lima buah pagar untuk orang awam. Pagar pintu masuk utama membawa ke Anjung Diraja melintasi taman dan air pancut dan terus menuju ke dewan sembahyang lelaki dengan menggunakan escalator dan dua tangga marmar yang besar.
Bagi kemudahan para jemaah sebanyak 835 buah tempat letak kereta disediakan serta dua laluan pejalan kaki berbumbung yang menyediakan rak-rak tempat menyimpan kasut untuk para jemaah serta pelawat sebelum memasuki masjid.
Setiap tangga yang menuju masuk ke Dewan Sembahyang mempunyai 29 anak tangga yang melambangkan pemerintahan Kesultanan Brunei yang ke 29.
Dewan Sembahyang Lelaki mempunyai keluasan 60,000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 3500 jema’ah yang diperlengkapi dengan alat penyaman udara. Sebuah mihrab yang dihiasi dengan jubin bersadur emas 24 karat dan batu marmar hitam ditempatkan di sini sebagai penentu arah kiblat. Bersebelahan dengan mihrab ini pula ialah sebuah mimbar yang digunakan sebagai tempat untuk imam atau khatib membaca khutbah.
Anjung Di Raja Dan Orang-Orang Kenamaan yang menuju Dewan Sembahyang Lelaki.. |
Terdapat sebuah kubah yang mempunyai ukuran garis pusat sepanjang 114 kaki yang dikelilingi dengan hiasan seni khat al Qur'an. Sementara itu di bawah bahagian tengah kubah ini tergantung satu candelier yang diperbuat daripada saduran emas 24 karat serta kaca kristal yang berkualiti tinggi dari Austria. Di samping itu terdapat beberapa candelier lagi yang berukuran kecil dan sederhana yang memberikan lagi daya tarik kepada persekitaran bahagian dalam dewan. Dinding dan turus dewan ini pula dipasang dengan mamar putih yang diimport dari Italy.
Taman bunga di sekeliling masjid ini yang dihias secara professional menambahkan lagi keindahan persekitaran dengan tumbuhan daun, belukar hiasan dan halaman rumput dengan air pancut dan bangku granit. Juga laluan kecil dibuat daripada jubin Jepun dengan lampu yang menerangi waktu malam.
Lagi penerangan lengkap & gambar2 menarik di dalam Jame' Asr Hassanil Bolkiah ini boleh lawati SINI.
kalau ke brunei dah pasti lynn akan ke masjid nie...cantik design masjid nie...
ReplyDeleteye lynn...biasa kalau pelancong dtg brunei wajib dtg masjid ni.
DeleteAssalam ros, cantiknya masjid, tq kongsi gambar2 kat sini, kalo nak ke berunei tu ntah bila la agaknya dpt tgk masjid ni
ReplyDeleteAssalam kak...hehe, kita kongsi sama2. Ros pun suke kalau tgk gambar org pergi negara2 yg kita blm sampai.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks kongsi info pasal ni...
ReplyDeleteawk duk kat brunei yer.. patutlah tau.. :-)
welcome Intan...
Deletebtw yup kros @Brunei skrg ni ;)
cantiknye tangga dia...cantiknye masjid dia...cantiknye taman dia..sume cantik..heee
ReplyDeletemmg cantik k.kirah....bila nak dtg ni? nanti kalau dah cik yu blk msia susah dah nak dtg kan.
Delete