The Making of Anis 7th birthday cake this time really hectic. Penuh ranjau & duri, hehe!!!
Mula2 kan dia requested cake 'Marie' tapi sorry le kakak. Mommy ni baru je nak bertatih, ko dah siap suruh mommy masuk competition (begitu le ibaratnya permintaan k.Anis tu). Pujuk punya pujuk, last2 mommy suggest kat dia buat rainbow cake pastu buat deco ada love (masa tu tak sure blh buat ke tak tapi kira tawakal je menjadi). Mommy ni selalu buat kerja gile last2 minit. Masa tu nak buat, masa tu le baru nak survey/study steps.
Google punya google, last2 terpikat sama ini blog pasal dia guna 'Italian meringue buttercream' (heheh, mmg cari nahas lagi guna buttercream canggih manggih ni tapi sebab review psl buttercream ni bagus so mommy nak try gak. After all katanya tidak semanis icing/buttercream biasa).
So, 1st step of course mommy bake the colorful cakes kan....Huhu!!!satu lagi nak story ni. Dah lama sebenarnya mommy nak buat rainbow cake ni tapi problemnya kat sini xde jumpa blue coloring. Haiyaaa!!!!
Nak tahu tak mommy guna apa turn out jugak color blue rainbow tu? Heheh, mmg idea canggih giler lagi ni. Mommy petik bunga telang (HAHHH!!!iye mommy guna bunga telang dapatkan pati warna biru tu). X PERCAYA???? sudahhh. Kalau u all tengok pun warna biru tu cair je tak pekat mcm warna2 lain. Itu je yg termampu (masa tu ada 6 kuntum je bunga telang yg mekar). Klu nak cun, dah xde food coloring korang blh gak kot guna nila baju (hahaha!!!gurau je weh, ada yg keracunan makan kek tu). So, dipendekkan citer jadi le 6 biji cakes tu (cuma nipis je sikit sebab resepi asal guna loyang 6", mommy plak guna loyang 8.5").
Satu lagi citer haru masa prepared birthday cake Anis ni, masa nak buat Italian meringue tu le. Mula2 tgk kat blog dapur ibu cergas tu, xde details yg kena tukar paddle dr whisk (hehe, mommy ni amatur je, itu yg lurus bendul je). Whip, punya whip mula2 dr meringue putih telur tu cantik je bertanduk tapi bila masuk je butter ia jadi makin cair (soupy)....huhu!!!last2 mommy stop & refer balik link asal resepi ni @Cake Jurnal (haa!!!baru details ko. Rupa2nya kena tukar paddle). Bila 2nd attempt baru menjadi tapi agak lama jugak le pukul. Kat atas tu hasilnya (not bad kan?).
Deconya plak, idea asal nak buat jalur rainbow atas cake guna buttercream tapi masa tu dah lewat sesangat (due to start buat 2nd trial meringue buttercream dah pukul 10am, jadi siapnya cake tu dah cecah pukul 2am).....dengan mata terkebil2 mengantuk & blank mommy tiba2 dapat idea tabur je love shapes balance barbie cake Ahdia dulu.
Huhu!!!yg mommy bangga dengan diri sendiri plak sebab sanggup asingkan setiap color rainbow tu dari campuran asal. U all boleh bayang tak kutip sebijik2 nak bagi dapat 7 colors tu. KERJA GILER lagi (utk mu k.Anis, xpela.....janji cun).
Resepi kat bawah ni mommy c&p dr dapur ibu cergas je sebab dah xlarat le nak jotdown banyak2.
Rainbow Cake
Sumber: Dapur Ibu Cergas
Resepi asal : Whisk Kid
Bahan2:
- 226 g butter, room temp
- 426 g sugar
- 5 egg whites, room temp
- 1 teaspoons vanilla
- 426 g flour
- 1 tsp baking powder
- ½ tsp salt
- 355 ml milk, room temperature
Cara-cara:
- Panaskan oven 175C.
- Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas pembakar. Kalau ada 6 loyang lagi bagus. (Ibu cergas guna loyang 6", tapi mommy guna 8.5")
- Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula castor sehingga bertukar warna pucat.
- Masukkan telur putih sedikit demi sedikit. Pastikan telur putih ni dipecahkan satu persatu ke dalam bekas berasingan. Manalah tau kan kalau-kalau ada telur tembelang. Tak ke haru.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung). Kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau pula.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dalam adunan ni, saya anggarkan setiap bahagian supaya mempunyai berat 251 gram. Warna-warna pilihan adalah, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Saya guna pewarna cecair yang biasa-biasa sahaja.
- Bakar dalam oven untuk 23 minit bagi setiap loyang (mommy bakar 15 minit je sebab nipis compare yg ibu cergas buat)
Italian Meringue Buttercream
Tak tahan tengok bahan frosting yang Whisk Kid guna. Mana taknya. Sampai 14 biji telur. Nak guna putih telur sahaja pulak tu!! So, saya google-google cari Italian Meringue Buttercream yang agak munasabah bahannya.
Resepi asal: Cake Journal
Bahan2:
- 120 ml @ 1/2 cup air
- 430 g gula castor
- 250 g @ 1 cup of eggwhites (~ 7 biji diambil telur putih sahaja)
- 680 g unsalted butter
- 1 tsp of vanilla extract
Cara-cara:
- Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.
- Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
- Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
- Apabila proses no 3 selesai, stopkan mixer & tukar whisk kepada paddle.
- Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama, 10 ke 15 minit.
- Siap. Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali sehingga kembang bila dah thaw keluar dari freezer.
p/s: Jika adunan masih soupy, teruskan memukul sehingga memperolehi hasil yang dikehendaki. Gebu & kental.
Kak Ros,
ReplyDeleteWah.. gigih sungguh tu. Segala usaha and kreativiti diluahkan ke kek besday si Anis ye? CANTIK!
Happy belated birthday to Anis!
Sungguh gigih kekandamu ini!!!!huhu
DeleteAida, mcm koi nak sembang dgn awok @patin pasta tu...guna email plak ke?
As salam kak Ros,
ReplyDeleteMelopong Marya tgk kek pelangi tu... Cantiknya! Untung Anis dpt mommy yg pandai masak & deco kek mcm ni! :)) Maray baking membaking ni mmg failed! Cuba pun tak berani...mcmana tu...heheee :))
As salam marya.....hehe, dah tua2 ni baru terasa nak try. dulu2 mmg tak pernah terfikir nak baking membaking ni. lebih2 lagi kwn2 ramai yg terer so order je dr dorg, tp bila dok sini mcm xbest je beli dr bakery (mahal & xbyk choices)....itu yg terkedek2 cuba.....
Deletehappy bday Anis. bertuah Anis dpt kek airtangan ibu. cantik kek bday Anis. demi anak....mmg kita nak cuba buat yg terbaikkan...terutama utk bday mrk...yg penting anak gembira .
ReplyDeleterainbow cake nie mmg feymes tol skang ek..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..
ReplyDelete