Monday, 24 September 2012

BEGEDIL DAGING ISTIMEWA




Assalamualaikum.

Lamanya tak jotdown N3 masak2. Hehe, bukan xmasak tapi malas nak cuba resepi2 baru since bulan raya aritu. Dok ulang lauk biasa2 je. Harini baru terasa nak cuba new resepi, bagi heat skit mood memasak yang hampir padam ni. Tak tau le kenapa, mungkin beberapa eksperimen mengalami kegagalan maka mood tu kurengg sikit. In fact, last week ada gak buat carrot cake utk majlis aidilfitri peringkat kampung ni tapi masa dok tgh buat tu blackout (lama gak dlm 2 jam kot), maka ala kadar je campak2 & deco. xde mood je nak snap gambar. Next time le tayang semula. Ok, harini mommy nak jotdown satu resepi simple & biasa je tapi diolah semula. 
Resepi ni mommy dapat dr buku masakan "Cooking from the heart" - compilation of recipes from the people of Brunei Darussalam. Sukeee sgt dpt buku ni. Buku ni actually compliment from Brunei Halal (next time mommy elaborate apa produk2 Brunei Halal ni ye) masa dorg buat expo @BRIDEX ( expo barangan dari negara2 Asia). 
Bukan saja mommy dapat buku ni tapi juga dapat payung & picnic basket dengan hanya membuat pembelian produk mereka serendah BND20.Worth the value!!!!
Okey, salah satu resepi yang mommy suke nak try ni hah "BEGEDIL DAGING ISTIMEWA". Mungkin kita semua dah biasa dengan begedil kan tapi rasanya yang ada dalam buku ni sedikit lain dari segi bahan2 yang digunakan. Jom kita study apa yang lain. Mommy translate ye......
Bahan2:
5 biji kentang
400g daging kisar
5 biji bawang putih
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh kerisik
2 cawan nestum/oat
1 batang daun bawang
1 batang daun seleri/sup
1 biji cili merah
2 biji telur
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng
p/s: 
1. mommy buat separuh dari resepi asal ni, dapat dalam 15 ketul.
2. Mommy skip vege & cili sbb 3A mmg x layan.
Caranya:
1. Kupas kulit kentang & potong 4. Goreng sehingga masak. Apabila masak, lenyekkan (mommy masukkan dalam food processor & blend dgn bahan2 lain).
2. Rendam semua bahan bertanda * & kisar bersama2 bawang putih. Tambah lada sulah & kerisik (mommy guna bahan2 bertanda * dalam bentuk serbuk - lagi senang,hehe).
3. Campurkan kentang lenyek bersama2 dengan daging kisar & bahan rempah (no 2).
4. Tambahkan perisa garam, gula juga daun bawang, daun sup & cili.
5. Bentukkan adunan menjadi leper. Salut dengan bancuhan telur & ratakan dengan serbuk oat/nestum.
6. Goreng sehingga garing. Toskan minyak sebelum dihidang.
Sedapnye la rasanya, ala2 nuget gitu. Arfa sebaik aje siap  makan dengan nasi, meratah lagi. Kejap je 'ghaib'. Bagi mommy rasanya unik berbanding begedil yang kita selalu buat just letak lada sulah & garam sebab yang ni ada rasa rempah2 sikit. Tambahan pulak disalut dengan oat membuatkan ia rangup diluar & lembut di dalam. Cuba ye!


10 comments:

  1. Komen pertama: bestnya dapat picnic basket tu...unik sangat!
    Komen kedua : begedil daging tu nampak sungguh menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. reply 1st: mmg best sbb free.hehe!!
      reply 2nd: Amie kena try baru tau selera ke tak ;)

      Delete
  2. Tqvm saya pasti cuba. Gmbr tupun dah meleleh air liur.

    ReplyDelete
  3. wah dpt picnic basket ke Ros..
    rajinnye Ros ke expo akak ni malas tulah tk dpt picnic basket tukan
    begedil tu mesti ranggup kan nampak pun tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malas knoor beli je hamper dorg time festival cam hari raya. hehe!!!kami ni mmg jenis xleh dok diam, boring. husb ros le yg terlebih rajin kalau 'merendek' ni. ikutkan ros malas gak, baik dok rumah tapi expo @sini xramai sgt org mcm @msia jadi relax sikit, xde bersesak2.

      Delete
    2. ohw, btw knoor cam tak canister kecik dlm tu (psst!!!ole2 dr mak pengantin kami simpan dlm tu)

      Delete
  4. Bestnye dapat bakul rustic gitu, suke suke suke!

    Bergedil tu nampak sungguh.. ohhhh yummeh! Patut la kejap je ghaib ye? ;)

    ReplyDelete
  5. Dah cuba...anak2 kata best, mak dia next time pandang aje sebab dah byk ternak lemak...Thanks Ros.

    ReplyDelete