Tuesday, 31 July 2012

Kuih Koci Pulut Hitam

Assalamualaikum.
10 Ramadhan telah berlalu, cepat rasanya masa beredar. Minggu ni dah masuk minggu kedua la kita berpuasa. Hati mommy ni berdebar2 seorang diri menunggu khabar berita dari daddy samada dapat @ tidak kami berlima beraya di Malaysia tahun ni. Nak kata macam budak2 yang mengidam balik kampung pun ada jugak. Kik3x... Tetapi yang seluhurnya sebab terasa rindu nak berjumpa dengan 'mok'. Walau mommy antara anak yang kurang rapat dengan mok (sebab masa kecik nenek yang bela mommy sampai umur 7 tahun). Tetapi memikirkan keadaan diri dia yang dah tua & mommy pun kurang masa nak berbakti dengan mok terasa ralat sangat kalau tahun ni masih tak dapat nak beraya dengan dia. YA ALLAH, permudahkan la urusan cuti daddy untuk beraya di Malaysia tahun ni, Amin3x......
Selepas cuti memasak 2 hari weekend lepas, mommy back on duty semalam dengan menu BOMBASTIC. Hahaha!!!banyak le dia punya bombastic mommy ni. Sorry le ye, terperasan kejap maklum le org baru dapat skill pegang senduk. 
Yang sebenarnya takde la istimewa sangat pun juadahnya cuma sebab dah lama sangat nak try buat kuih koci pulut hitam ni, maka seronok le jugak sebab dah try buat semalam. Selepas study step2 & bahan2 dari beberapa orang Sifu maka terhasil la kuih koci pulut hitam mommy. 
Bila tengok sifu buat guna adunan tepung yang banyak, mommy alter la sikit sebab kuih koci pulut hitam ni penggemarnya cuma mommy & Arfa. Daddy & girls xminat. Itule jugak yang membantutkan mommy buat kuih ni di samping leceh nak tebang daun pisang.
Resepi ni mommy ceduk sikit2 dari 3 individu iaitu k. ZalinZalina, mamasya & k. JamilahPuchong.


Bahan-bahannya :
250g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (mommy blend dari beras pulut hitam)
1/2 cawan santan (kalau tak nak pun xpe, ganti dgn air)
1/2 cawan air (bergantung tepung)
Daun pisang (dilayur atas api dan potong mengikut saiz yang kita suka)

Cara membuatnya:
1. Tepung beras pulut hitam dicampurkan dengan tepung pulut dan digaul hingga rata. 
2. Tuangkan santan dan air. Uli sehingga adunan boleh dikepal. 
3. Kepalkan adunan dan ditekan dengan jari supaya rata. Letakkan inti dan cantumkan semula adunan tersebut sehingga menjadi bulat.
4. Pada masa yang sama, panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Masukkan adunan yang telah siap berinti tadi. 
5. Bila adunan itu timbul terus angkat dan masukkan dalam kuahnya sebelum dibungkus dengan daun pisang. Tak perlu dikukus lagi.

Bahan-bahan untuk kuah:
 1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukupnya

Cara membuat kuah santan:
1. Campurkan semua bahan dan kacau diatas api sehingga pekat. 
2. Apabila siap, biarkan sejuk. 
3. Masukkan terus kuih koci yang diangkat dari periuk tadi ke dalam santan dan ulang proses tersebut sehingga adunan kuih koci tadi habis di rebus. 
4. Siapkan daun pisang berukuran 4 in x 4 in. Daun pisang harus di gunting bulat supaya mudah untuk kita melipat kuih itu nanti. 
5. Kemudian ambil seketul kuih koci dan bungkus. Ulang proses sehingga kuih koci tadi habis. 
6. Kuih Koci sedia untuk dimakan dan tak perlu di kukus lagi.


p/s: kalau nak tengok step by step cara membungkus kuih koci ni, terus ke link k.ZalinZalina.





2 comments:

  1. ohh sis ni feveret dulu kini & selama nya..mmg heaven dpt mkn time berbuka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama le kita sis GreenJade. kalau @Msia dulu almost tiap2 pagi kros beli kat gerai dpn kwn prumahan kami. makcik tu punya koci pulut hitam mmg terbaekk!!!baru tahun ni merasa buat & makan yg ala2 makcik tu buat. alhamdulilah!!!

      Delete