Assalamualaikum.
Ya ALLAH!!!Tension betul dgn Wifi ni. Tak tahu apa masalahnya, tapi xleh nak access internet dr iMac. Yang peliknya kalau guna ipad @ iphone boleh pulak. Masa mood tengah rajin ni xleh nak jotdown N3 plak. Nak guna ipad/iphone bercinta le nak type, pastu gambar2 semua dah save dlm iMac. Pagi ni bangun je tidur tengok2 dah blh access walau slow dr biasa. Mommy mcm lipas kudung gegas2 upload gambar & jotdown N3. Harap2 blh publish harini.
So, 1st N3 untuk harini nak tayang lauk pauk (hari Khamis lepas kot masak). Dah lama tak jumpa masak merah ala pattani macam ni walau @Restoren Thai. Seingat mommy lama sangat2 dah tak makan daging merah macam ni. So, bila dok fikir2 nak masak apa tu tiba2 teringat dengan kelazatan daging merah ni. Apalagi, buka kitab masakan le. Mommy pernah cuba buat dulu2 tapi semenjak jadi blogger ni belum jotdown lagi resepinya. Harini mommy jotdown sebab feedback dari 4A mmg memberangsangkan especially Arfa.
Bahan2:
*1kg daging (direbus dengan pewarna merah sehingga lembut, kemudian dihiris nipis2)
*1 biji bawang besar (hiris)
*2 ulas bawang putih (kisar)
*2 biji cili merah
*2 sudu besar sos cili
*2 sudu besar sos tomato
*1 sudu besar sos tiram
*Garam
*Gula
Caranya:
1. Panaskan minyak & goreng sebentar daging yang direbus tadi. Tos & ketepikan.
2. Tumis bawang putih & bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Gaul sebati.
4. Masukkan daging & perisakan dengan garam & gula.
5. Masukkan sedikit air stok rebusan daging tadi & renehkan kuah sebentar.
6. Hidangan dengan hirisan cili merah & daun sup.
makan dengan nasi panas2 sedap nie ....
ReplyDeleteNasi beras SIAM.....jugak
Deletedapnyerrrr...
ReplyDelete