Semalam dpt berita daripada che teh @Mekah yg mok dah tak sihat nak ke maharam sorang2 mcm kebiasaan dia pergi tahun lepas. Ditambah pulak dgn penyakit kencing manisnya, mmg terasa kerap nak ke tandas. Kesian plak bila teringatkan dia. Yelah, che teh nak selalu temankan dia xboleh sbb ada t/jawab kat rumah. Dgn nak urus a.Hafiy & k.Syakirah ke sekolah etc mmg susah nak follow mok ke maharam je. Kami yg kat sini, mmg boleh faham sangat karenah mok apatah lagi kalau duduk rumah anak2. Dia rasa boring & tak tau nak buat apa la tu. Harapan mommy plak biarle dia lama sket @Mekah tu supaya terisi masanya dgn amal ibadah yg maksimum compare to duduk @Besut. Ya ALLAH semalam jugak ternampak doa ni @FB. Mmg la kita selalu berdoakan untuk emak/ibu/mama/mommy kita tapi kadang2 tak specific, maka ALLAH pun mgk makbulkan doa kita tapi juga tak specific. Ingat lagi kata2 nasihat dr ustaz yg bg kursus semasa kami nak mengerjakan umrah tahun 2008 lalu, katanya tulis doa2 yg kita nak panjatkan kepada ALLAH tu dengan jelas&specific semoga ALLAH pun specific nak bagi kat kita. Bukan maksudnya ALLAH xtahu apa yg kita nak tapi ALLAH bagi mengikut apa yg kita hendak maka biarla specific. Maka, masa mommy menunaikan umrah dulu mmg tulis dalam buku kecik doa2 yg dihajati (mmg membantu sgt sbb jika tak buat mcm tu kita jadi blank apatah lagi perasaan bercampur baur bila melihat KAABAH yg tersergam depan mata).
Mommy pun tak berhajat nak berceloteh pjg harini, mood pun xde ni bila teringat kat mok rasa sebak je. Harapan mommy sama2 la kita amalkan doa ni tak kirala emak kita masih ada @ dah meninggal kerana sesungguhnya kita ; anak2 la penyelamat mereka baik di dunia mahupun akhirat sama seperti mereka juga menjadi penyelamat kita sepanjang masa.
Untuk Arfa, Anis & Ahdia juga mohon mommy tolongla bacakan doa ini sepanjang masa sebagai hadiah buat mommy baik semasa mommy masih di dunia ini @ telah hilang di dunia ini. Tiada hadiah yg paling berharga rasanya selain doa daripada anak2 sendiri terutamanya ketika sambutan hari kelahiran. Tidak lupa juga tolong panjatkan doa untuk mok, mak tok & nenek sepanjang masa.
sedey nisah baca entry akak, semoga semuanya akan kembali pulih seperti biasa.. semoga Arfa, Anis & Ahdia menjadi anak yang solehah ye kak Dunia & Akhirat..
ReplyDeleteAmin...InsyaAllah kak sama-sama kita berdoa semoga ibu akak sihat dan dipermudahkan segala urusannya.mcm tu la kan bila kita dok jauh memang kita terasa sgt risau bile memikirkan keadaan ibu. saya pun sama kak..sedih dan risau memang setiap hari saya rasa bila fikirkan keadaan ibu yg stroke sampai tak boleh jln dan berckp sejak 9 bln yg lalu. tapi hanya doa saja yg mampu saya buat dr jauh ni.
ReplyDeleteSalam Ros.moga ibu Ros cepat semboh dan kembali sihat semula.bila berjauhan dr ibu mmg risaukan bila dpt berita ibu tak sihat. hanya doa yg dpt kita pohon...
ReplyDeleteInsyaAllah kak, moga urusan beliau dipermudahkan di sana. Amin..
ReplyDeleteterima kasih semua atas doa. btw berita terbaru psl mok @Mekah. Reading diabetesnya terlalu tinggi hinggakan xboleh disukat bacaannya (sebelum ni xpernah smp mcm tu skali)...Yg lagi kami risau sbb dia dok buat perangai dgn kakak ipar xnak makan & dok cakap nak blk sj.....Ya Allah!!makbulkan doa kami seperti di atas.
ReplyDelete