بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 28 June 2011

HORNBILL


Dah lama rasanya x menerima kunjungan 'tetamu istimewa' kami ni. Last weekend baru bersua muka kembali setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Bagi penduduk sekitar Borneo, Hornbill @ Burung kenyalang/Burung enggang seperti tiada keistimewaan lagi mungkin disebabkan kerap kali dilihat mereka. Tapi bagi kami cukup seronok melihat burung ini terbang & mengeluarkan bunyi yg kuat. 1st time dengar suaranya, aku ingatkan bunyi monyet yg bergayut rupa2 Hornbill. Sedikit fakta tentang Hornbill yg mommy nak jot down utk semakan 4A+R ourselves as well as others.





 Burung Enggang (dalam bahasa Inggeris: Hornbill) adalah burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama saintifiknya "Buceros" merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalam bahasa Yunani. Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerodae yang termasuk 57 spesies. Sembilan species daripadanya berasal endemik dibahagian Selatan Afrika.

Ciri-cirinya: Sebagaimana dalam " website" cirinya adalah semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan mengulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina. Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sesetengah spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.

 Semenjak resident @ 'A kingdom of Unexpected Treasures' Borneo ni rasa seronok plak melihat alam semulajadi ciptaan ALLAH swt. Kalau sebelum dtg sini mmg xpernah nak amik port sgt pasai binatang ke, tumbuhan ke, langit ke, rainbow ke.......hehe bila dok sini rasa mcm terhibur plak melayan keindahan semulajadi ni. SubhanALLAH!!!mmg berubah 360' mommy ni. So,seperti di janjikan N3 yg terawal dulu pasal 4A+R mommy & zafran sempat le snap few photos (ala2 candid camera le) sepasang laki bini 'Hornbill' ni. Tapi maafle, xberapa jelas sbb guna camera Canon Powershot G9 je (xde teropong zoom canggih manggih lagi). Tiba2 teringin plak nak meneropong ala2 photographer professional guna lensa mcm deme tu. Hehe, berubah lagi (klau dulu mmg mommy le org yg menentang daddy dr membazir duit beli gadget2 ni, dlm hati baik beli handbag lagi best).....so, u al tgk le 'tetamu istimewa' kami ni.

 Cantik kan???Yg selalu dok datang bertandang ke rumah kami ni sepasang hornbill yg sederhana besar. Dorg ni banyak bangsa jugak mcm manusia....Ada jawa, siam, afrika, borneo etc....xpasti plak yg dtg ni bangsa mana. By logic mesti bangsa borneo kan?Pepepun yg membezakan spesis dorg ni adalah paruhnya. Yg selalu kita dok tengok yg jadi maskot Sarawak tu paruhnya besar & berwarna kuning+oren...Yg @rumah kami ni paruhnya kecik sket & berwarna kuning aje. Bila mommy google tentang hornbill ni terjumpa berita yg askar sembelih hornbill @Perak.....Ya Allah, sedihnya. Kesian dorg ni lagipun spesis dorg ni dah hampir pupus, kalau manusia lagi bunuh dorg mmg zalim rasanya. Mmg le dorg ni burung (klau askar dlm hutan tersesat ke, terputus hubungan @ apa jua alasan) rasanya xtergamak nak imaging makhluk yg cantik mcm ni disembelih just for the sake of manusia nak makan. Huhu,allahualam!!


Ok le u al, insyaallah kalau ada kesempatan jmp dgn hornbill ni lagi & blh zoom dekat mmg nak sgt snap masa dorg tgh spread their wings & fly high up. Oh lupe nak inform, zafran cakap burung ni terbang mcm berat je kan, mommy? mmg logik kot berat, bukan aje berat kepala tapi ekor dorg ni pun panjang...Pepepun HEBAT!








Sunday, 26 June 2011

Sup Macaroni Ayam

Aduhai payah btui le nak masak sbb selera berbeza2....Atlast,ikut majoriti maka terhasil la makanan seimbang lagi menyihatkan.Almaklum le dr pagi til thari dok pulun nasi lemak,berapa kalori tu?Hehe lagipun menu ni senang&cepat sesuai le dgn mood mommy yg tgh '< semangat' ni.
Ni la dia makanan seimbang lagi menyihatkan (nasihat dr pakar nutrisi,klu nak diet kena makan bukan menahan makan tapi make sure makanan yg dimakan seimbang&dlm kuantiti yg sedikit).
Eh merapu lagi,blm declare ye apa menunye????Hehe,yolah ni ha sup macaroni ayam.

Xyah le resepi(hafal dlm mimpi je).Klau anak2 dara mommy nanti xtau juge tumis sup ni mmg tragis le...Korg campak2 jela bawang putih+ayam+sayur mayur+air+perasa.Haa!!!nak sodap lagi pecahkan telur,tabur bawang goreng.Mommy punya favorite mesti nak taruk jugak cili jeruk.Emmph!!complete.Ha ni nak bgt cili jeruk tu pun buat sendiri,senang&selamat.Jgn dok beli yg thailand punya ye.Tah apa2 diletaknya..........Akhir bicara terasa sedih pulak sbb the daddy ingat mommy suke2 cipta resepi yang pelik.......BUKAN PELIK TAPI BENAR,dia yg pelik xpernah makan makanan seimbang org diet cakap kita reka2.Untuk menegakkan kebenaran,aku google berlambak2 manusia @alam maya ni yg masak sup macaroni ayam. Xdak pelik aih......Itu le rencah kehidupan,kepelbagaian citarasa & perangai menjadikan manusia itu UNIK.Kepelbagaian juga la yg memberikan keharmonian&keseimbangan kepada seluruh makhluk ciptaan ALLAH.Kalau semua taste sama je,jenuh le berjuta2 spesis lelaki @alam maya ni dok tergila2 kan Fasha Sandha seorang.Kesian kat Farah Fauzana tu plak sebab xde lelaki minat kat dia.Hehe,perumpamaan je tu....Mesti adanya lelaki yg minat @Fafau tu cume dia je xperasan.Btw betul ke lelaki suka Fasha Sandha?????Allahualam.

Laa....itu rupenye tajuk Berjuta lelaki suka Fasha Sandha ye....wakakaka!!aku saje je nak mengumbirakan hati yg sedih.Btw ni haa gambor sup macaroni ayam yg aku buat.Normal kan?

SmileyCentral.com

Nasi lemak sepanjang hari

Harini mmg kami dah set xnak kuar jalan2 as usual. So,bangun je pagi tadi mommy dah ready nak masak nasi lemak. Hehe,senang sket masak utk pagi trus ke lunch......nasib2 trus ke dinner(tapi x kot).
Xtau le harini mmg xde mood btui nak buat apa2....nak bereksperimen pun malas je. Biarle dulu, tg semangat dtg baru menjadi eksperimen. Lagipun kek kastard coklat ada lagi + goreng keropok bawang warna warni je utk mewarnai petang hari 4A+R weekend ni.
So,layan nasi lemak.......  


RESEPI NASI LEMAK

Bahan2(utk nasi)
  • Beras (3cups)
  • santan (1/2 biji kelapa)
  • daun pandan
  • halia(1/2 inci)
  • garam

Cara2(utk nasi)
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan beras yg dah dibersihkan ke dalam rice cooker,tambah santan & sedikit garam.
  3. Masukkan juga hirisan halia & daun pandan yg dah disimpul.
  4. Masak sehingga masak.
  5. Sebelum menghidang,pastikan gaul rata nasi didalam rice cooker (bg mengelakkan santan berketul).

Bahan2 (utk sambal bilis)
  • ikan bilis(1 mangkuk)
  • bawang besar(1 biji dihiris nipis)
  • bawang putih(2 ulas dikisar)
  • bawang merah(5 ulas dikisar)
  • halia(1/2 inci dikisar)
  • cili boh (3sudu besar)
  • asam jawa(1sudu kecil)
  • garam(2sudu kecil)
  • gula (aku guna gula nise/gula melaka)
  • air
  • minyak

Cara2(utk sambal tumis)
  1. Tumis bahan kisar sehingga garing,kemudian masukkan cili boh & dimasak lagi sehingga cili garing.
  2. Masukkan asam jawa & sedikit air.Kacau rata sebelum dimasukkan ikan bilis.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Tambahkan perasa garam & gula.
  5. Bila sambal hampir kering,masukan bawang besar yg dihiris.
  6. Siap utk dihidang bersama nasi lemak.
p/s ada yg suka letak belacan.(blh masukkan semasa menumis cili)

Nasi lemak ni kena ada geng2 baik dia:
  • telur rebus/telur goreng mata kerbau.
  • timun
  • ikan bilis goreng+kacang goreng


Saturday, 25 June 2011

Rendang ayam sempoi

Harini bebudak mcm biasa sekulah(sebutan org brunei),tinggal the daddy+the mommy aje.So breakfast simple dimple jela.Pagi tadi buat cucur bilis+jagung manis (emmp kesukaan kami sejak azali).

                                                  
Lunch plak menu rendang sempoi tapi memuaskan anak tekak semua orang.Masing2 ada rencah masing2 bila buat rendang kan,so mommy punya style mmg u al blh buat sesangat.Cuba check resepi tu.
----------------------------------------------------------------------------

Resepi rendang ayam sempoi

Bahan2
  • ayam (1/2 ekor)
  • bawang merah(5-8ulas)
  • bawang putih(2ulas)
  • halia(1/2 inci)
  • santan(1/2 biji kelapa)
  • kerisik
  • garam
  • gula
  • serbuk kunyit
  • cili boh
  • asam jawa
  • daun kunyit
  • minyak
  • air

Cara2nya
  1. Kisar lumat bawang merah,bawang putih & halia.
  2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
  3. Masukkan cili boh&masak sehingga garing.
  4. Setelah cili masak,masukkan ayam yg telah diperap dengan serbuk kunyit(jika kering tambahkan sedikit air).
  5. Biar seketika (tutup kuali) sehingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam,gula & asam jawa.Kacau rata ayam.
  7. Setelah ayam masak,masukkan santan & tambahkan 1 sudu besar kerisik.
  8. Apabila santan telah pecah minyak,taburkan daun kunyit yg dihiris nipis.
  9. Gaul rata & sedia untuk dihidang.

Friday, 24 June 2011

Gajus @ Jagus?



As salam....N3 ni sebenarnya tercetus sebab area rumah kami @Telisai,Tutong,Brunei Darussalam ni begitu banyak pokok2 gajus.Yang menambahkan minat mommy utk jot down ttg gajus ni disebabkan juga oleh buahnya yang berwarna merah(dari jauh kelihatan mcm buah jambu air mawar). Kalau sebelum ni rasanya mommy pernah tgk pokok & buah gajus ni pada zaman kanak2 dulu @Besut,Terengganu.Tapi dulu rasanya tgk buah gajus yg berwarna kuning saje,xpernah pulak lihat yg berwarna merah. So,utk ingatan & pengetahuan di masa hadapan especially utk Arfa,Anis&Ahdia kita sama2 view info di bawah:





Nama Tempatan:Gajus

Nama Saintifik:anacardium occidentale
Nama Lain:Jagus,gajus,jambu golok,ketereh
Famili : Leguminasae













Keterangan:

Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam untuk teduhan, gajus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.Batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada diluar.Bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi di dalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies gajus yang mempunyai buah yang berwarna merah jambu.

Kegunaan:

Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan .Ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanfaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma. Dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.


singgang vs kari................

Asal keturunan tetap dijulang
Walau hasutan di keliling pinggang

Chewah!!!apa ke hal ni?
Hehehe.....xde apa2 u all.Cume bila makan kuah singgang versus kuah kari 2,3 hari lepas tiba2 terpikir plak nak jot down dlm blog.Alkisah sebuah cerita 4A+R,gabungan 2 negeri yg tercinta......The daddy versi Kedah+The mommy versi Ganu Kite(campuran kelate)......Masing2 dah diadun&diterap dengan acuan yg berbeza.Air tangan ibu masing2 yg fanatik dengan pegangan&citarasa tersendiri yg berbau kenegeriaan yg kuat,maka lahirlah juga insan2 yg berpegang teguh pd citarasa kenegeriaan yg kuat.KAMI (daddy+mommy) le tu.
Kalau 10 tahun yg lampau the mommy mmg xpernah teringin@terliur nak menikmati sejenis hidangan bernama KARI mamak apatah lagi dipadankan dengan nasi kandar.OHHH eeii xsuke.Namun sekali 'wind of change' tetap melanda dengan segala kuasa Yang Maha Esa.....Detik perkahwinan dgn the daddy fr Kulim,Kedah with love tu mengubah segala persepsi buruk ttg KARI MAMAK.Bukan setakat terpaksa makan ttp yg paling trajisnya kena masak menu tersebut hanya kerana penyebab yang satu.Nawaitu "sahaja aku taat & mengikut kehendak suamiku kerana aku sayang+cinta kepadanya kerana ALLAH TAALA"..................


Maka sejak dr detik berguru dengan arwah 'Mak Tok' hingga sekarang boleh cakap menu wajib la setiap minggu.Seingat mommy,mmg menu kari ni le yg mencetus rasa bahagia di hati dikala memasak kerana berseleranya 'super hero' dr kedah tu makan.Hehe(xtau le kot2 aku syok sendiri).


Cume itula,walau dibilas dengan kuah kari bermangkuk2 pun tetap xdapat menghilangkan bau asam kuah singgang ikan kembung kegemaran kami org 'ganu kelate' ni.Di padan pulak dengan budu+ulam2.Pehhh!!!!tolak tepi le mung kari mamak weh(tubik doh loghat ambo).Itu pasai le klu aku dah masak kari contohnya harini,sure esok tu plak aku masak singgang.....Yang harmoninye dlm 4A+R themselves mmg ada pengikut masing2......Arfa zafran akan jadi pengikut daddy yg setia klu bab2 kari&Anis zakirah akan jadi penyokong fanatik mommy.Si kenit Ahdia xmasuk book(kata ore kelate) sbb dia sorang tu 'hantu kicap'.....Hidang le menu apapun mesti nak kicap gak(rasanya bibik2 dia dulu bagi makan kicap je rasanya).Tapi gaduh2 pun kari vs singgang ni, persamaan antara mereka plak both klu diperangat/dipanaskan berhari2 makin sedap rasanya.Itu yg 2,3 hari lepas dok ulang hidang kari+singgang ja(disamping menu2 tambahan yg membuat kelainan).....So kot2 anak2 menantu di masa depan xtau nak masak 2 menu penting ni korg selak2 la blog mommy ni.Wajib tau ni!!!!!!


Kalau u al tgk my singgang mmg original color sbb i don't like it yellowish. It looks darker than others because i add a bit of 'gula nise' a.k.a gula melaka. Lagi sedap!!!!


Tengok tu hidangan sempoi di tengah hari.Budu + pucuk ubi celur/pucuk gajus(kami panggil pucuk tere).Mommy rembat tepi jalan.hehe

RESEPI SINGGANG (sumber dari mok)

Bahan2
  • ikan kembung/ikan tongkol a.k.a ikan aya(klau guna ikan aya rebus dulu dengan sedikit air + asam gelugur)
  • bawang putih(diketuk)
  • lengkuas(diketuk)
  • asam gelugur
  • cili padi
  • garam
  • gula nise
  • air

Cara2nya
Untuk 3ekor ikan kembung/seekor ikan tongkol sederhana besar
  1. Bersihkan ikan dan rebus di dalam air(5 cawan)
  2. Masukkan 3ulas bawang putih+seketul lengkuas (dalam 5cm)+ 3keping asam gelugur ke dalam periuk.Jika suka boleh juga masukkan 1inci kunyit hidup yg dihiris nipis bagi mendapatkan warna kuning).
  3. Didihkan ikan tadi sehingga kuahnya tinggal separuh.
  4. Tambahkan 2 cawan air ke dalam periuk.
  5. Masukkan 3sudu kecil garam&1/4 gula nise.
  6. Tambahkan juga cili padi.
  7. Masak lagi sehingga mendidih.
  8. Siap


RESEPI KARI IKAN (sumber dari mak tok)

Bahan2
  • ikan jenahak/tenggiri/bawal(ini je yg daddy suka)
  • bawang putih (5biji dikisar)
  • halia (1 inci dikisar)
  • bawang merah besar(1biji dihiris nipis)
  • daun kari (2 tangkai)
  • rempah kari (3sudu besar)
  • biji halba(1/4 sudu kecil)
  • asam jawa(1sudu)
  • minyak
  • air
  • santan(1/2biji kelapa)
  • bendi/terung bulat/tomato
  • garam

Cara2nya
  1. Tumis bawang putih+bawang hiris+halia+daun kari+halba sehingga garing.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari dan ditumis sehingga garing.
  3. Masukkan 2 cawan air dan didihkan.
  4. Masukkan ikan & sayur-sayuran.Biar sehingga mendidih.
  5. Tambahkan asam jawa & perasa garam secukup rasa.
  6. Masukkan sedikit santan cair.
  7. Tunggu sehingga mendidih& pecah minyak.
  8. Siap

Thursday, 23 June 2011

Temptation Roselle

In this N3 i want to jot down about tempting Roselle..............U al know who is Roselle?I love Roselle since last 2 years....One of my colleague brought her Roselle drink to school during our pot luck party.When i tasted it,wow cedapppnye.Mcm Ribena gitu(Ribena dah was2 nak minum kan?)Rasanye masam2 manis.What i like most about Roselle actually is the colour,very tempting.Hehe, so i like to store the info&share with u guys about this beautiful&tempting Roselle.Do read & try this Roselle in many ways as u like.



Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan rakyat sebagai bunga kebangsaan negara. Tahukah anda ada satu lagi spesies bunga raya yang boleh kita ketengahkan kerana kegunaannya sebagai makanan. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Tumbuhan Roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Beberapa jenis Roselle yang tumbuh secara liar di beberapa negeri dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti asam paya, asam kumbang dan asam susur. Di West Indies ia dinamakan Jamaican Sorrel. Pokok Roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3–5 m serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.
Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga Roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman Roselle. Tahukah anda daun dan batang muda Roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, Roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan
Potensi Roselle
Kajian awal MARDI pada tahun tujuh puluhan lebih menekankan pada penghasilan pewarna asli daripadaRroselle. Potensi Roselle dalam menghasilkan pewarna merah begitu terserlah kerana dengan hanya memegang bunga ini, warna merah akan melekat di tangan. Kemudian pada tahun lapan puluhan penyelidikan berkembang kepada kajian penggunaan Roselle dalam pengeluaran sirap minuman. Berdasarkan minat serta perhatian yang diberikan kepada industri makanan sejak awal tahun sembilan puluhan, Roselle dijangka mempunyai potensi untuk dimajukan dalam mempelbagaikan penghasilan makanan di negara ini.
Tahukah anda daun dan batang muda roselle boleh dimakan sebagai ulam atau salad dan boleh juga digunakan sebagai perisa di dalam kuah kari?




Our Own Roselle Plants



Here in Brunei we have our own Roselle plants (already planted by the gardener).Before we move here,my colleague (Ustazah Norlela) gave me a small bag of Roselle seeds as a 'kenangan' from her since i love the cordial so much.....memandangkan dah byk bebenor pokok2 nye @sini aku simpan jela pemberian k.lela(tq so much kak).Nanti blk Mesia tanam @sana plak.Apa yg bagusnye Roselle ni,budak2 suke sgt rasanye yg ala2 Ribena tu(kami mmg xbeli dah Ribena utk kids).Di samping itu,ia juga jimat & menyihatkan minum cordial Roselle ni.Sebab apa aku cakap jimat:U hanya perlu kutip dalam 10biji buahnye,kemudian rebus(dlm anggaran air 3-5liter air) tapi cordial tu u al blh dpt utk membuat 5 jug besar Jus Roselle.Yg menyihatkan pulak of course sbb penggunaan gula yg sgt minimum berbanding kita beli cordial @pasaran yg mmg sah2 begitu byk kandungan gulanya.....Klau mcm mommy,selalunye rebus tanpa gula.Bila nak buat jus baru masukkan dlm 3-4 sudu gula utk satu jus besar.Lebihan cordial tanpa gula tu blh di simpan sejuk dlm peti ais sehingga berminggu2.......

Sekarang ni misi mommy nak buat jem Roselle plak (mesti sedap&menyihatkan berbanding jem2 manis @racking supermarket tu kan?)........


So, u al klau yg blm pernah try @ tanam Roselle yg menggoda ni cuba le.Senang gile tumbuhnye.U al campak je biji2,selang 2,3 minggu keluarla pokoknye.Klau u al nak bagi cantik pokoknye,cuba ikat dahan2 pokok mcm kita bela pokok bunga kertas.Lagi cantik drp u al tanam pokok anggur yg menyemakkan.Buahnye pun byk sgt khasiatnye....Just now,i noted ada artikel ttg petua nak slim mlim dgn minum campuran jus Roselle+halia+peria+kurma etc......blh le try ni .Drp aku dok joget sorang2,lagi senang telan bende2 ni dok?

Wednesday, 22 June 2011

Karipap pusing 'Mak Tok'


 Backdated post (dah 2 hari internet line problem sbb telephone cable putus). Aduhai boring gile semalam sbb xde internet. 2 hari bercuti tu jari jemari ku dr bekerja dgn keyboards ni. Dpt je line, apalagi berebut2 dgn daddy nak guna lappy ni. Dah ada iphone sorg, android sorg tapi sibuk dok berebut lappy ni jugak....Hehe, xsyok guna 2 devices tu sbb deme kecik, nak menaip pun seksa. Di sebabkan boring xde fb, blog smlm, mommy nyaris2 tertido sakan d petang hari. 



Tiba2 terkejut dgn jeritan K.Anis (yg ni sekoq suke benar menjerit....ciri2 aku le tu, hehe bakal teacher Anis kot). Bila terkejuit tu terus bangkit(aku mmg xleh tido ptg2 ni, kepala mcm bengap ja), nak layan lappy xde line so trus g dapur fikir2 nak buat menu apa minum petang. Hehe,teringat lagi kat arwah mak mertua aku. Trus tune 'karipap pusing'.......Lama bebenor xbuat, selama ni dok buat yg biasa je sbb malas. Harini selepas kena jerit dek 'Teacher Anis' trus jadi rajin. Nasib baik simpan lagi resepi dr arwah (aku salin sendiri resepi ni masa dia tengah buat. Kira dia demo kat aku la masa tu). Dah 8tahun arwah xde, harini baru terhasil resepi karipap pusing 'Mak Tok'. Seingat mommy pernah try buat ni masa tahun pertama kahwin dgn daddy, tapi masa tu xjadi. Hehehe,alhamdulilah hari ni buat jadi. Yang sedapnye karipap arwah ni sbb intinya bukan rasa kari, tapi arwah guna rempah kurma. Semoga resepi ni akan jadi favorite jugak utk cucu cicit Mak Tok, Insyaallah..




RESEPI KARIPAP PUSING(12biji)


Tu dia original recipes( hand writing mcm doctor bedah)


Bahan2 Doh (Kulit karipap)
tepung gandum
margerin
garam
air


Cara2 membuat doh

Doh A
1. Campurkan 1 cup tepung dengan mentega.
2. Uli sehingga menjadi doh yg boleh dikepal.
3. Bulat-bulatkan doh sebesar bola ping pong(dapatkan 5-6 biji).
4. Biarkan seketika

Doh B
1. Campurkan 2 cup tepung dengan air garam & uli hingga sebati.
2. Canai & gulungkan doh.
3. Kemudian gulungan doh tadi dipotong setebal 1 inci (dapatkan dalam 5-6 potongan).
4. Canai setiap potongan(canai dari atas keratan rentas potongan ye).
5. Masukkan doh bulat A ke dalam doh B(refer gambar).
6. Bulatkan sekali lagi doh tadi.
7. Kemudian,canai memanjang doh bulat tadi dengan hati2 (pastikan roller disalut dengan tepung).Hati2 semasa mencanai kerana doh A sangat rapuh.
8. Gulung doh yg dicanai memanjang tadi sebelum dipotong 1 inci (dapatkan 10-12 potongan).
9. Doh 1 inci tadi di canai bulat & dimasukkan inti.
10. Guna acuan karipap/ketip hujungnya sebelum digoreng dengan minyak panas sehingga garing.


Bahan2 inti
3-4 biji ubi kentang sederhana besar( dipotong dadu kecil)
1 biji bawang besar ( dipotong dadu kecil)
Cili merah (dihiris nipis2)-aku xletak pun sbb budak2 xtahan pedas
1 ulas bawang putih(kisar)
Serbuk jintan manis(1sudu teh)*
Serbuk jintan putih(1sudu teh)*
Serbuk kunyit(1sudu teh)*
Serbuk lada hitam (1sudu teh)*
Rempah kurma(2 sudu besar)*
Garam(1sudu teh)
Gula(1 sudu besar)
Minyak untuk menumis
Air

Cara2 membuat inti
1. Tumis bawang putih & semua bahan2 bertanda * yg telah dibancuh dengan air sehingga garing.
2. Masukkan ubi kentang+bawang+cili merah.Tambahkan sedikit air.
3. Tunggu sehingga mendidih,kemudian masukkan bahan perasa garam&gula.
4. Bila ubi kentang telah empuk,angkat & sejukkan sebelum di masukkan ke dalam doh karipap.

My new PA (Personal advisor)

Gurls!!!!i bought myself a gorgeous weighing device.Very the cute but can scale up to 150kg.Actually i was survey for digital kitchen scales but come out buying this one.Hehe,but i really like it because it portable & trendy.Fuhh!!!after this,surely everyday on diet le mommy ni.This product actually design by Canadian company but assemble @China.So that's why the price is cheap, BND29.90(RM 73.41.....weh mahal le jugok).Ilusi optik btui shopping @Brunei ni.Rasa cam murah je tapi bila convert RM,huhu mahel le plak....mcm arini,anak dara dua org tu pow duit mommy @kantin BND3.20(rasa cam sket kan tapi bila on the wheels tu convert blk RM7.86 tu).Alahai,gaji kena mitak up ni!Ok la u al,nak tgk tak betapa cumeynye scales tu.Siap ada design lagi.sukeeeenye abis duit beli ni(dlm hati huhuhu mahel).Jgn fikir lg,lagipun trend skrg dok beli iphone ka,android ka.......xrasa mahal kan,kan,kan..........




Gile huduh kaki!!!bulat2 ja kaki sapa ni????

Monday, 20 June 2011

Back on the wheels

yeeha!!!!!
2day is monday.1st day school after the 2weeks break.Mommy backs on the wheels doing the routine (sends the kids to school&daddy to work).
Really miss the wheels & the buzzing KFM (famous radio channel @brunei)..............FEEL SO ENERGETIC! Hehe,u al mesti pelik kan nape org lain xsuke Monday tapi aku suke sgt ni hahaha.....b4,mmg le xsuke Monday sbb kena keje after long holidays kan?tapi d sbbkan 2weeks gone with the wind (tak g mana2 sbb daddy had to standby) tu yg rasa boring sgt terperuk @rumah dgn 3makhluk ALLAH yg terlebih kreatif tu.Mcm2 aktiviti dorg create menyebabkan mommy yg pening.Besides,i like moving on the wheels alone bcoz the scene is GREEN (kiri kanan jalan penuh kebun2 sayur......pokok cili,terung,tembikai@sekoi,jagung,dragon fruits etc.....yg paling teruja tengok pokok gajus yg buahnye berwarna merah(masa kecik2 dulu @kg aku rasa tgk buah gajus warna kuning....tapi @sini buahnye warna merah)...suke tgk kesuburan tumbuh-tumbuhan tu.Kalau converse dgn daddy ttg pokok2 ni mcm xde feel je dia,last2 mommy enjoy the scenery sorang2 la......And of course le,bila on the wheels je baru mommy dpt info ttg what happen in brunei thru KFM(kristal fm).Klau @rumah kami mmg mcm duduk Mesia sbb dr pagi till malam hadap astro je....Bila on the wheels juge la baru mommy dpt rasa ada nyawa sket tgk manusia selain 4A+R....+E(helper)......hehe.Start normal routine g shopping,g school had a chat with the teachers,g pasar sayur chat dgn minah indon yg peramah sgt,mencari2 port baru nak aerobic,cari best buddy nak polish tajwid.......etc.All these are works,OK!sape cakap housewife relax?????Btw lupe nak cakap,yg paling mommy suke on the wheels @Brunei ni bila selisih dgn keta2 dashyat pastu hullamak gebus lady lagi holds the steering.....klu kat mesia mmg jarang le korang tgk malay lady drive Porsche ke, Bentley ke, fairlady ke etc.....tapi fuhhh envy btui dgn dorg ni.DASHYAT!!!!!!xpela itu rezeki depa sbb negara depa KAYA!!!majoriti Malay Brunei mmg selesa dgn kehidupan mrk.Rumah besar+keta besar+body besar(opps,sorry terlajak judgement)....hehe.

Thursday, 16 June 2011

Puasa sunat

Alhamdulilah selepas bersahur sakan semalam dgn wantan+maggi goreng,secara rasminya harini aku pose sunat ditemani hero aku,Arfa Zafran (dia bila dengar mommy nak pose mmg menyibuk la nak join).Klau sebelum ni teman mommy pose sunat mesti byk karenahnye last2 kecundang di tengah jalan dek di goda gadis2 kenit berdua tu. Tapi so far harini ok lagi tu sbb mommy psycho dia "ala affan sket je lagi....lagi 3jam nak berbuka.Kat brunei maghrib awal pkul 6:30 dah blh berbuka"...baru dia okey.Pastu mommy bodek lagi affan nak makan ape mlm ni mommy masak special.Budak2 kenit ni makan maggi je,xsedap pun(saje aku bagi makan maggi 2org ni sbb malas nak masak+xnak bg zafran terliur).......hehe jahat btui mommy ni. Fikir punye fikir tadi zafran cakap dia nak makan ayam kurma (hehehe!!!!favorite dia la tu).Teringat dulu pergi lunch rumah bf mommy (aunty ewin),kebetulan aunty ewin masak kurma ayam.....pulun le zafran makan sampai bertambah 3 kali.Klau rumah org xkenal mau hitam legam muke mommy tahan malu.

Emmph!!so menu berbuka harini confirm ye kurma ayam+sambal belacan+ulam timun.Cume mommy teringin plak makan ketam.Nak masak apa ketamnye plok?Jap2 pikir dulu.

Last2 apa yg terhidang utk berbuka simple dimple......kurma ayam(khas utk abg affan) + ketam masak cili + ulam timun&tomato + onde2......

Mommy jot down resepi kurma ayam kegemaran abg affan ni utk bakal menantu mommy nanti(yelah kan mana tau mommy dah xde nanti xsmpt belajor plak).Bkn apa mommy sendiri pun terkilan sbb xsmpt belajar byk resepi drp 'mak tok'.Yg sempat amik resepi kari ikan kegemaran daddy & karipap pusing.Rugi rasanye sbb arwah 'mak tok' pun terer bab2 masak ni.Rasanye mak ngah & mak lang pun xdpt skill ni drp arwah.Jadi sebagai peringatan utk masa depan di harap sedikit sebanyak blog ni dpt membantu (walau mommy ni cume amatur yg ptg hasil air tangan mommy sendiri)....Macam affan le,daddy ckp xsedap pun tapi affan ttp sedap gile mommy masak(bahagianye le).

RESEPI KURMA AYAM

Bahan2
  • 1 kg ayam (potong kecil)
  • 5 biji bawang merah(dikisar)*
  • 3 biji bawang putih(dikisar)*
  • 1 inci halia(dikisar)*
  • rempah tumis (bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga)*
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 5 sudu besar serbuk kari kurma
  • 3 biji ubi kentang(dibelah 4)
  • 3 biji cili hijau
  • sedikit minyak utk menumis
  • 1 mangkuk santan (dr sebiji kelapa) @ satu tin susu ideal
  • air

Cara2nye
  1. Panaskan minyak & tumis semua bahan bertanda* sehingga garing.
  2. Setelah bahan tumis garing,masukkan 5 sudu besar serbuk rempah kurma (bancuh sedikit dengan air).Masak sehingga rempah garing.
  3. Masukkan ayam,ubi kentang & bawang besar.Biarkan sehingga mendidih(Jika kering,masukkan sedikit air).
  4. Setelah mendidih,masukkan santan/susu ideal & garam.Gaul seimbang bagi mengelakkan santan berketul.
  5. Masukkan cili hijau & tutup periuk sehingga ayam masak.


RESEPI ONDE2
yg ni plak si kenit Ahdia(ya) tu suke sgt....dok ulang alik makan sebiji demi sebiji last2 aku perasan dok korek amik gula melaka @dalam je makan.Haiyaa,mana blh ini macam amoi?nasib baik dah nak abis onde2 tu baru dia korek,klu x mau buang je tepung tu (yelah dah belengas dia korek sapa nak makan).Mommy geram trus bagi dia makan gula melaka (nise) tu mcm tu je.Hai,dia punye le pulun makan mcm makan keropok.Pelik budak ni......siap mitak tambah.NO, NO.....NO WAY!!!Nanti ya dah besar ya buat le sendiri letak gula @luar...tapi klu xsedap ya tgk resepi mommy ni baru sedap.

Bahan2
  • tepung pulut (1 cawan)
  • pati pandan (blend 3keping daun pandan+1cawan air)
  • pewarna hijau (nak bagi lawo.klau xbubuh pun lagi sedap)
  • gula melaka/nise (potong kecik2 mcm dadu)
  • kelapa parut (yg muda tau,klau guna yg tua xsedap)
  • secubit garam
  • air utk merebus

Cara2nye
  1. Mula2 sekali masak air di dalam periuk sehingga mendidih.Biarkan.
  2. Campurkan sedikit demi sedikit pati pandan ke dalam tepung pulut.Sambil2 itu uli tepung sehingga menjadi doh(klau nak letak pewarna hijau,titikkan 3 titis cukup).
  3. Ambil secubit doh & bulatkan di atas tapak tangan menjadi bebola sebesar guli.
  4. Tekan bebola tadi di tengah2 & masukkan potongan gula melaka di dalamnya.
  5. Tutup gula melaka dgn hati2 & bulatkan sekali lagi di atas tapak tangan.
  6. Letakkan bebola doh tadi di atas kertas putih/tisu dapur.Ulang sehingga doh habis.
  7. Apabila selesai,masukkan sebiji demi sebiji bebola doh ke dalam air yg mendidih.Tunggu sehingga bebola doh timbul di permukaan air.
  8. Dengan menggunakan penapis,angkat bebola yg timbul sahaja & masukkan ke dalam bekas yg berisi kelapa parut+secubit garam.Goncangkan bekas supaya bebola bersalut dgn kelapa parut.Ulang sehingga semua bebola timbul.
  9. Siap untuk dihidang (PERINGATAN:MAKAN ONDE2 SEMASA SEJUK&MASUKKAN TERUS SEBIJI KE DALAM MULUT.KENAPA?.........JGN TANYA BUAT JE)................nak tahu juge jawapannye:klau panas onde2 tu blh meletup.BOMMM!!!!

Total Lunar Eclipse Video

Total Lunar Eclipse

Date : 16 Jun 2011
Time Start : 01.25 am
Time End : 04.00 am

Sebagai simpanan kejadian alam ciptaan ALLAH SWT.Yg xberpeluang tgk live, jom sama2 kita tgk video di bawah:


Wednesday, 15 June 2011

Kek Pandan Lapis Kastard




Terliur tgk kek kastard pandan k.dj membuatkan aku tanpa berlengah2 trus bereksperimen lagi.Ku intai2 semua bahan2 ada cume serbuk agar2 je xde (aku ganti dgn agar2 keping)..........
Bila siap,uhuh lembut sungguh mcm swissroll je rasanye cume frust sket sbb kastardnye berketul2(xsmooth mcm k.dj buat)..........pepepun 3beradik tu suke,siap ratah mcm tu je kastardnye.Klau nak tau resepinye tgk d bawah(aku copy&paste dr blog k.dj).






bahan-bahan kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
  • kelapa parut kering secukupnya
Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
  1. Berpandukan gambar di bawah, ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi.
  2. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering.
  3. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.


Wantan

Malam ni rasa nak makan ringan2 le sbb dah 3,4 hari ni dok heavy je masaknye(penyakit malas dah dtg le ni)....nasib superhero ok je bila ckp malas nak masak nasi.

Menu dinner hari ni maggi goreng special + udang goreng tepung + wantan/dim sum.......kik3x
Bebudak mmg suke le sesgt mkn maggi....xleh amalkan selalu.Tapi aku goreng maggi ni xguna perencah maggi tapi buat ala2 mee goreng kering/mee kolok.

Ni nak jot down resepi wantan utk ingatan d masa hadapan....Resepi ni sebenarnye dah lama aku simpan sejak beli kuali tupperware + Steam It (2009).Booklet recipes dr tupperware ni ada mcm2 resepi makanan berstim tp aku terliur yg dimsum ni jugak.Tocey tu Celebrity chef,Amy Beh...

Bahan2
  • kulit wantan (boleh beli @supermarket)
  • sebiji telur masin kuning (rebus&lenyek)-aku xguna pun
  • 100g daging ayam cincang
  • 75g udang cincang
  • secubit garam*
  • sedikit serbuk lada sulah*
  • 1/4 sudu teh gula*
  • 1/2 sudu teh stok ayam*
  • 1/4 sudu teh minyak bijan*
  • 1 sudu teh tepung jagung*

Cara penyediaan
  1. Campurkan daging ayam,udang (aku tambah isi ketam) & garam di dalam mangkuk.Gaul rata sehingga campuran melekit.Rasanye klau suke veggie blh le tambah daun bawang@water chestnuts.
  2. Masukkan semua bahan perasa yg bertanda * ke dalam campuran tadi.Gaul lagi sehingga sebati&melekit.
  3. Biarkan campuran tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  4. Selepas satu jam,keluarkan campuran dr peti sejuk & sudukan sebahagian kecil ke dalam kulit wantan.
  5. Tekan & cantumkan kulit wantan seperti bunjut @ seperti kita buat karipap(cume xperlu ketip hujungnye).
  6. Susun dalam pengukus /steam it & stimkan selama 10-12 minit.Hidangkan dim sum kukus semasa panas.
  7. Anda juga boleh goreng wantan tadi utk yg gemarkan secara ranggup.

Lawatan ke zoo&sungai di malaysia

Semalam...13/6/2011. Masuk minggu kedua cuti 2nd term @Brunei. Mommy dok sibuk masak, experimenting with kek kastard pandan & kemas living hall. Dorg 3 org ni senyap je dlm bilik mommy. Ingatkan main dlm tub (mandi manda), rupe2nye ada project baru....Patut le zafran dok remind, mommy jgn kacau yg affan bt ye. Mommy jgn kemas yg affan bt ye......Ini rupenye kerja dorg 3 beradik tu:

ORIGAMI ZOO





siap buat kandang dgn tape (kejap je abis segulung tape tu dpt @zafran).....pastu yg plg best pepatung lagi besar dr zirafah (siap hanging dgn benang). Kreatif sungguh walau berterabur benang &kertas di buatnye). Signboard tu plak diambiknye pencungkil gigi....Yg paling mommy suke lawatan ke sungai/tasik di Malaysia (mmg bangga dgn beautiful malaysia si zafran ni)....Swan tu cantik sgt, cume mommy risau dingap plak oleh ikan yg lagi besorrr badannya dr swan tu.hehe!!!!





Ok le tu ye anak2....Daddy xleh bwk kita g melawat zoo@Mesia,kita ronda2 la origami zoo by Zafran&The sisters. Mommy like!!


Tuesday, 14 June 2011

kesian ayam nasi dia kena curi



Burrpp!!!!kenyang dek eh(kenyang gile kata org kelate) baham nasi ayam lunch tadi...Klu buat nasi ayam mmg puas ati sbb bdk2 ni mmg suke especially zafran. Dok muak dgn santan2 mg lepas, so mg ni makan kuah sup plak.


Untuk Anis & Ahdia yg sibuk2 nak tolong mommy masak tadi ni resepinye (bile dah jadi anak dara kena pandai masak tau!)


A) Bahan2 utk ayam
  • ayam(3/4 bahagian ayam)
  • halia*
  • bawang putih*
  • air
  • garam
  • kicap masin
  • kicap manis
  • gula
  • minyak utk mengoreng
  • minyak bijan

Cara2 memasak ayam
  1. Ayam dipotong 4 & dibersihkan.
  2. Kisar halia& bawang putih sehingga lumat.
  3. Perap ayam bersama2 bahan kisar+garam selama 10minit.
  4. Panaskan air dlm periuk pengukus sehingga mendidih.
  5. Kukus ayam yg diperap sehingga masak.
  6. Setelah ayam masak,keluarkan ayam dari pengukus dan siram ayam dengan kicap masin+kicap manis.
  7. Biarkan ayam terendam dalam kicap sekurang-kurangnya 15minit (biarkan semalaman pun xpe)
  8. Goreng ayam menggunakan minyak yg banyak sehingga kehitaman/separuh masak.
  9. Ayam yg telah separuh masak diangkat dari kuali & disiram dengan minyak bijan(tadah ayam di dalam bekas berisi kicap tadi).
  10. Goreng semula ayam yg telah disiram minyak bijan sehingga garing.
  11. Angkat&tos sebelum dipotong.

B) Bahan2 utk sup ayam
  • ayam (di potong kecil2)
  • air rebusan ayam/stok ayam
  • halia (1 inci)
  • bawang putih (3 ulas)
  • rempah sup bunjut
  • bawang merah besar
  • ubi kentang
  • garam
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara2 membuat sup ayam
  1. Menggunakan air rebusan/kukusan ayam tadi,tambahkan semua bahan kecuali garam,daun sup&bawang goreng.
  2. Reneh sup sehingga mendidih.
  3. Setelah sup mendidih,masukkan garam,daun sup + bawang goreng.

C) Bahan2 utk nasi (10-12 org makan)
  • beras dibasuh & ditos(4-6cups)
  • marjerin (4sudu besar)
  • rempah tumis(bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis)
  • daun pandan (2helai disimpul)
  • sebiji bawang besar yg warna kuning (hiris nipis2)
  • stok ayam (daripada ayam yg dikukus bersama bawang putih+halia)

Cara2 masak nasi
  1. Panaskan marjerin.Tumis bahan rempah sehingga garing.
  2. Masukkan bawang besar & masak sehingga layu.
  3. Masukkan beras & goreng sehingga beras kering.
  4. Masukkan beras yg telah digoreng ke dalam rice cooker & ditambah dengan air rebusan ayam.
  5. Selitkan simpulan daun pandan & masak seperti biasa.

D) Bahan2 utk kicap & air lada
  • lebihan kicap+minyak bijan (yg disiram pada badan ayam)
  • sedikit minyak utk mengoreng (guna minyak lebihan menggoreng ayam)
  • cili merah
  • garam
  • gula
  • bawang putih(2 ulas)
  • cuka

Cara2 membuat kicap
  1. Goreng lebihan kicap+minyak bijan menggunakan sedikit lebihan minyak gorengan.
  2. Siap.

Cara2 membuat air lada

  1. Kisar cili merah + garam+gula+bawang putih+cuka.
  2. Siap.

Monday, 13 June 2011

ketupat sotong

Setelah bermalasan 2,3 hari ni sbb makang nasi dagang 2 hari mbok(2 hari berturut2).Harini terasa nak buat juadah minum petang plak......Lama dah rasanye xbuat kuih muih tradisonal (bdk2 ni kurang minat kuih muih tradisonal ni,itu yg malas nak buat).Memandangkan stok beras pulut byk lagi lebihan buat nasi dagang last week,aku dok terpikir2 nak buat kuih apa dgn beras pulut...


Last2 decide nak buat ketupat sotong le arini.....xtahu le ketupat sotong ni kategori kuih muih@lauk pauk.Yg pasti kami org2 pantai timur makan mcm tu je(bkn mkn dgn nasi)....btw family aku suke buat & makan ketupat sotong yg versi kelate(guna gula nise/gula melaka).Kalau yg versi ganu kuahnye putih(letak gula pasir+halba+halia sket)...muak dah yg versi ganu sbb baru je mkn nasi dagang yg ala2 sama rasenye......Yg xbiasa makan tu blh le try.sedapppp!!!oh,lupe nak jot down.Kalau family aku selain kami buat ketupat sotong ni,kami juga buat udang galah(resepinye sama cuma xletak beras pulut je).Heehe,teringat mula2 kawin dgn super hero dr kedah tu.Jakun dia bila tgk kami makan bende2 ni......soklan dia masa tu,nape ratah aje lauk ni?Lani xtahu le aku dia suke@tidak juadah ni sbb seingat aku bila aku buat dia selalu xde @umah(outstation le memanjang dulu)......xkisah le dia suka @tak dah mmg tekak xsama.....aku suke ikan singgang.ko suke kari mamak(nyanyi ikut lagu indon aku suke singkong tu).hehehe!!!



Resepi ni aku jot down utk ingatan anak,cucu & cicit aku d masa depan(kik3x)...........klau ada yg nak cube bt blh je ikut resepi ni.


Bahan2
  • sotong dlm 12 ekor
  • santan (dr 1biji kelapa)
  • gula nise (bergantung kpd citarasa....aku guna sekeping je)
  • beras pulut (direndam dalam santan 30minit)
  • garam
  • daun pandan
  • Lidi/pencungkil gigi

Cara2nye
  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula nise dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Saturday, 11 June 2011

Origami




Arfa Zafran's new hobby.........


He searched this video by himself&present me with few designs...Tq affan.Next time mommy nak yg magic rose tu tau(fyi,he trying very hard to make that 'magic rose'......unfortunately we out of green&red papers).

Feel free to click...


VCD rahsia....













Ahakks!!!Konon2nye nak beraerobic le secara senyap2 (bkn ape, malu sbb superhero tu suke ejek kita). Dah beli siap2 VcD rahsia tu b4 school break lagi tapi plastik pun blm bukak, kik3x!!!

Xsabar ni tunggu bukak sekolah (senang sket aku berjoget sorang2). Hahaha!!!Btw aku pakai hentam jela vcd mana2 (dah itu je antara yg best aku rase @kedai music tutong ni). Sapa2 yg kaki aerobic tu share2 la vcd apa yg bagus. Ada juge tgk vcd belly dance (kekeke, geli le plak nak gelek sorang2) tp actually step belly dance tu pun dorg claim blh burn calories. Entohle.
Lets make it seriously....ARRGHHH!!!! my BMI=27.41(uhuh, my ideal weight <61kg).....my weight now????only me have the answer(xyah nyibuk nak tau.....nak tau gak kira le sendiri)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...